Rakyat

Buat Suri Rumah & Pencari Kerja, Nantikan Karnival MyFutureJobs2023, Sabtu & Ahad Ini!

4
SHARES
skim suri rumah perkeso

Kementerian Sumber Manusia (KSM), menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan menganjurkan Pelancaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah & Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023 untuk membawa skim perlindungan suri rumah ini lebih dekat dengan Rakyat Malaysia.

Program yang akan diadakan pada 11 dan 12 Februari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, dijangka akan dikunjungi oleh lebih 5,000 pencari kerja yang terdiri daripada kalangan suri rumah dan wanita serta badan-badan NGO berkaitan, juga Rakyat Malaysia keseluruhannya.

SKIM KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH & KARNIVAL KERJAYA MYFUTUREJOBS 2023

skim suri rumah perkeso

Apa yang dinanti-nantikan oleh orang ramai sudah semestinya kehadiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dijadual akan menyempurnakan Pelancaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah & Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023 ini.

KSM dan PERKESO mengalu-alukan kehadiran Perdana Menteri yang menterjemahkan sokongan Kerajaan terhadap usaha membangunkan jaringan keselamatan sosial yang komprehensif dan inklusif di Malaysia.

Sepanjang dua hari berlangsungnya karnival tersebut, orang ramai boleh berinteraksi secara terus dengan PERKESO bagi memahami apa itu SKSSR dan manfaatnya dengan lebih mendalam.

Para suami dan pihak ketiga seperti badan-badan NGO atau syarikat swasta juga digalakkan menaja caruman bagi pihak suri rumah.

skim perkeso

Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023 merupakan karnival berskala besar yang pertama bagi tahun ini dianjurkan PERKESO sebagai satu inisiatif untuk meningkatkan peluang rakyat memperoleh pekerjaan berkualiti.

APA ITU SKSSR?

skim perkeso

Mula dilaksanakan pada 1 Disember 2022, SKSSR menawarkan faedah-faedah di bawah Perlindungan Bencana Domestik dan Perlindungan Keilatan seperti Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya Kekal, Elaun Keuzuran, Faedah Pengurusan Mayat dan Pencen Penakat. Skim perlindungan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 (Akta 838) ini terbuka kepada:

-Wanita warga tempatan dan pemaustatin tetap yang berusia kurang 55 tahun

-Menguruskan rumah tangga sepenuh masa atau separuh masa

-Berkahwin ataupun bujang.

Dibuka dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang, Karnival ini bakal menyaksikan penglibatan majikan besar seperti Maybank, BSN,
EXIM Bank, KTM Malaysia, ExxonMobil, UMW, UOA Group dan Avisena Healthcare

Bukan itu sahaja, pelbagai aktiviti perkhidmatan pekerjaan yang disediakan secara percuma akan turut diadakan sepanjang Karnival ini seperti penyediaan resume, pendaftaran portal MYFutureJobs serta bimbingan dan nasihat kerjaya. Pelbagai hadiah cabutan bertuah yang menarik juga menanti para pengunjung sepanjang karnival berlangsung.

Sehubungan itu, PERKESO menyeru semua suri rumah dan pencari kerja di seluruh negara memanfaatkan peluang ini dengan berkunjung ke Pelancaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah & Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023 pada hujung minggu ini. Bagi pencari kerja, PERKESO menggalakkan mereka mendaftar di pautan www.myfuturejobs.gov.my/career sebelum hadir ke Karnival Kerjaya.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×