Dapur

Bosan Asyik Makan Nasi Putih? Ubah Selera Dengan 5 Resipi Nasi Yang Sesuai Untuk Satu Keluarga!

148
SHARES

“Nak masak apa untuk makan malam eh? Dah bosan asyik makan nasi putih je”

Untuk anda yang dah bosan asyik makan nasi putih dan lauk tu, apa kata anda cuba masak nasi yang selain nasi putih. Nasi apa tu? Jangan risau, kami senaraikan 5 jenis nasi yang sangat sesuai untuk santapan seisi keluarga.

1. Nasi goreng daun kesum

http://myresipi.com/

Buat anda yang merupakan pencinta sayur-sayuran, sangat sesuai untuk anda cuba resipi nasi goreng daun kesum ini. Bukan sahaja rasanya yang sedap, nasi goreng daun kesum ini juga bagus untuk kesihatan dalaman anda. Boleh juga pelbagaikan isi kandungan nasi goreng dengan letakkan ayam atau seafood, mesti akan menambahkan lagi keenakannya!

Resipi nasi goreng daun kesum : http://myresipi.com/recipes/nasi-goreng-daun-kesum

2. Nasi Dagang

http://myresipi.com/

Nasi dagang yang berasal dari negeri Terengganu ini sudah mendapat tempat di hati orang ramai. Hal ini kerana keenakan dan ‘lemak’ nasi mampu untuk memukau sesiapa sahaja. Namin, bukan semua orang pandai nak masak daging dagang yang sempurna tau. Jadi, anda kenalah ikut resipi ini!

Resipi nasi dagang : http://myresipi.com/recipes/nasi-dagang

3. Nasi goreng tomyam

http://myresipi.com/

Kalau selalu pesan menu nasi goreng ini di restoran sahaja, apa kata anda cuba buat sendiri pula? Mudah sahaja, nasi goreng tomyam ini sangat sesuai untuk dimakan pada bila-bila masa sahaja. Rasanya yang pedas dan sedikit masam pasti akan menaikkan selera makan anda!

Resipi nasi goreng tomyam : http://myresipi.com/recipes/nasi-goreng-tomyam

4. Nasi Beriani

http://myresipi.com/

Bukan sahaja boleh didapati di kedai nasi kandar dan nasi arab, sekarang anda dah boleh buat nasi beriani yang persis restoran di rumah. Apa kata anda cuba masak nasi beriani ini dan dipadankan dengan kari daging, mesti akan berselera! Jom ikut resipi ini supaya anda dapat menghasilkan nasi beriani yang sempurna!

Resipi nasi beriani : http://myresipi.com/recipes/nasi-beriani

5. Nasi Oren

http://myresipi.com/

Nasi oren? Mesti anda jarang dengar kan? Jangan rasa pelik lagi kerana anda dah boleh masak nasi unik ini di rumah. Selain itu, rasanya yang enak pasti akan buat anda tambah nasi berpinggan-pinggan. Cuba padankan nasi oren ini dengan ayam panggang, mesti sedap!

Resipi nasi oren : http://myresipi.com/recipes/nasi-oren

*Rasa lapar tak?

Sumber: Myresipi.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×