Dapur

Resepi 5 Jenis Juadah Yang Boleh Imbau Kenangan Ketika Masih ‘Student’

359
SHARES

“Rindu pulak makanan yang aku makan masa belajar dulu…”

Ini merupakan perasaan yang selalu terdetik dalam hati anda bukan? Ternyata, walaupun juadah yang dimakan ketika zaman belajar tidaklah seberapa namun kita selalu teringat akan memori tersebut. Jadi, apa salahnya kalau kita rindu zaman belajar boleh juga dikembalikan memori tersebut melalui juadah-juadah yang popular dalam kalangan student. Boleh buat dekat rumah sahaja.

1. Nasi Goreng Paprik

Nasi goreng paprik  merupakan antara juadah yang popular dalam kalangan para pelajar. Rasanya yang sedikit masam dan pedas ini boleh memikat hati sesiapa sahaja. Bila dah ada nasi goreng, telur mata dan lauk paprik sama ada paprik ayam, daging atau campur ini, perut pun akan kenyang dalam tempoh yang lama.

Resepi nasi goreng paprik : http://myresipi.com/recipes/nasi-goreng-paprik

2. Mi Segera Goreng

Setiap kali para pelajar berkunjung ke restoran ‘mamak’ pastinya inilah juadah yang paling popular. Mi segera goreng yang turut disertakan bersama telur mata ini selalu dijadikan santapan pada waktu malam ketika keluar bersama rakan sekelas untuk ‘study group’. Tidaklah terlampau berat dan cepat mengantuk kan?

Resepi mi segera goreng : http://myresipi.com/recipes/mi-segera-goreng

3. Telur Masak Kicap

Telur merupakan penyelamat bagi sesiapa sahaja yang sedang lapar! Telur masak kicap merupakan menu penyelamat bukan sahaja ketika kita masih belajar malah ketika sudah bekerja pun. Sedap dimakan tidak kira masa, masakan ini pastinya akan mengimbau kenangan anda semasa belajar dan berada di rumah sewa.

Resepi telur masak kicap : http://myresipi.com/recipes/telur-masak-kicap-f169697e-7753-4f53-aee5-1f209e0fda77

4. Ayam Goreng Berempah

Siapa yang tidak gemarkan ayam goreng? Tambah pula ayam yang digoreng bersama rempah ratus yang pastinya dapat menambah rasa yang lebih enak. Lauk ini selalunya akan dijumpai ketika anda berkunjung ke kedai nasi kukus yang ternyata menyediakan set lengkap juadah yang murah untuk para pelajar.

Resepi ayam goreng berempah : http://myresipi.com/recipes/ayam-goreng-berempah-serai

5. Tomyam Ayam

Tomyam ayam dan ditambah bersama telur dadar adalah makanan wajib digandingkan bersama. Inilah juadah yang menjadi kegilaan para student ketika menuntut di institusi pengajian tinggi. Jika ingin mengimbau kenangan ketika belajar, jangan lupa untuk masak di rumah juadah ini juga ya.

Resepi tomyam ayam : http://myresipi.com/recipes/tomyam-ayam-resepi-mudah

Sumber : MyResipi.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×