Dapur

5 Resipi Hidangan ‘Lunch’ Untuk Anda Yang Dah Bosan Makan Lauk Campur

216
SHARES

“Bosan dah asyik makan lauk campur je, nak makan makanan lain pulak”

Makan tengahari atau lunch merupakan waktu makan yang penting bagi kita seharian. Pengambilan makanan tengahari dapat membantu untuk terus membekalkan tenaga kepada tubuh dan minda terutamanya bagi anda yang bekerja atau belajar. Selain dari makan nasi putih berserta lauk-pauk atau nasi campur, terdapat juga menu lain yang sesuai supaya anda tak mudah rasa bosan.

1.Mihun Singapura

Selain dari mihun goreng biasa, mihun goreng Singapura juga adalah antara pilihan yang sesuai dijadikan juadah makan tengahari. Bukan sahaja rasanya yang enak, mihun goreng ini juga mampu untuk mengenyangkan perut anda macam makan nasi!

Resipi mihun singapura : http://myresipi.com/recipes/mihun-singapura

2. Salad Telur

Siapa yang tengah berdiet boleh cuba menu salad telur ini sebagai makanan tengahari. Ramai sudah tahu bahawa telur merupakan antara makanan yang dapat mengenyangkan perut kita, oleh itu salad telur merupakan antara pilihan yang betul supaya perut kenyang dalam tempoh lama.

Resipi salad telur : http://myresipi.com/recipes/salad-telur

3. Bubur Nasi Pedas

Siapa peminat bubur di sini? Bubur nasi bukan sahaja sesuai dimakan ketika sakit sahaja tau, tetapi anda boleh jadikan ia sebagai juadah makan tengahari juga. Bukan sahaja enak dimakan panas-panas, bubur nasi juga adalah sangat kenyang. Kalau makan tengahari tu, sampai malam nanti baru makan pun tak rasa lapar sangat.

Resipi bubur nasi pedas : http://myresipi.com/recipes/bubur-nasi-pedas

4. Nasi Goreng Serai Harum

Nasi goreng juga merupakan antara juadah yang sesuai dijadikan menu makanan tengahari selain nasi campur. Bukan sahaja nasi goreng biasa, antara jenis nasi goreng yang anda boleh cuba adalah nasi goreng serai. Lain dari yang lain, menu nasi goreng ini pastinya mampu menaikkan selera anda ketika menjamu makanan tengahari.

Resipi nasi goreng serai harum : http://myresipi.com/recipes/nasi-goreng-serai-harum

5. Nasi Goreng Petai

Buat anda yang merupakan penggemar petai, apa kata masak nasi goreng petai sebagai juadah makanan tengahari selain dari makan lauk campur. Kenyang, pedas dan sedap, inilah kriteria penting ketika anda menjamah juadah makan tengahari dengan berselera.

Resipi nasi goreng petai : myresipi.com/recipes/nasi-goreng-petai

Sumber : MyResipi.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×