40 Minggu

“Bukan Fear Factor”- Ini Makanan Tak Boleh Makan Ketika Hamil Untuk Elak Jangkitan Kuman

179
SHARES

Pengambilan makanan yang berkhasiat dalam kalangan ibu hamil amatlah penting bagi menjamin kesihatan bayi dalam kandungan. Kebanyakkan pakar menyarankan bahawa ibu hamil perlu mengelak dari ambil makanan yang tidak dimasak dengan sempurna seperti telur separuh masak dan sushi.

Apa yang merisaukan adalah ibu hamil mudah terdedah dengan jangkitan Listeriosis dan Salmonella jika terus degil dan ambil makanan yang separuh masak atau mentah ini. Oleh itu, Dr. Muhammad Izzat berkongsikan di laman Facebooknya tentang bagaimana untuk mengelak dari jangkitan sebegini ketika hamil.

Bagaimana?

Semua ibu hamil perlu diberitahu bagaimana nak kurangkan risiko untuk mendapat jangkitan Listeriosis ketika mengandung.

1) Minum hanya susu yang dipasteur atau Susu UHT. Susu fresh diperah dari tetek kambing ke lembu ke rusa ke buaya (kalau buaya ada susu la ) . Susu-susu jenis ini TAK DIGALAKKAN minum.

2) Tak digalakkan makan soft cheese seperti Camembert, Brie, Blue-veined cheese. Takda risiko listeriosis dengan memakan hard cheese seperti Cheddar, cottage cheese atau cheese yg sudah diproses. Baca bebetul. SOFT cheese jer tak boleh makan.

3) Tidak memakan pate ( sebarang jenis termasuk yang ada sayur ) – sejenis daging mentah.

4) Tak makan makanan yang separuh masak, atau memanaskan semula makanan yg lama. Telur separuh masak TAK BOLEH MAKAN ye.

Untuk mengurangkan risiko dapat jangkitan Salmonella pula :

1) Elakkan makan telur mentah, telur separuh masak atau apa apa makanan yang mengandungi telur mentah atau telur separuh masak.

2) Elakkan daging mentah, atau daging separa masak. sushi yang ada ikan/sotong/udang mentah atau separa masak TAK BOLEH ye.

Takda istilah mengidam makanan-makanan yg saya cakap kat atas ni. Lepas beranak boleh la makan kalau nak. Jangan cuba cuba nak join Fear Factor masa mengandung. Awas! Baru telan 2 biji telor kat bawah ni, burrpp Alhamdulilah. Jangan jeles mak buyung sekalian.

Sumber : Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita dan Kehamilan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×