2-4 Tahun

‘Biasakan Anak Minum Banyak Air’- Farah Lee Kongsi Tips Untuk Bagi Anak Suka Makan

2.2K
SHARES

Comelnya Maream Esabel anak kepada Farah Lee ni kan? Bukan sahaja comel tapi pandai pula tu. Bila anak-anak mencapai umur dua tahun ke atas, benda yang paling susah untuk mengajar mereka adalah makan. Kanak-kanak pada umur ini cukup susah nak makan kerana mereka lebih suka untuk bermain. Tetapi, bagi Maream pula, dia suka makan! Boleh dikatakan semua makanan dia makan termasuk sayur-sayuran yang sangat ‘digeruni’ oleh kanak-kanak. Nak tahu macam mana Farah Lee mendidik anaknya untuk mudah makan, jom kita baca apakah tipsnya!

www.instagram.com/farahlee

www.instagram.com/farahlee

Ini Maream, seorang yang menghargai makanan.

Dia ni dari kecik suka makan alhamdulillah. Ramai jugak yang tanya macam mana train Maream suka makan, suka sayur semua. Omma pun entahlah. Takde specific tips pun haha.. Cuma I will just share cara omma jaga pemakanan Maream. But trust me, I am not a qualified person to give tips or anything, I just share what I did, so which one yang betul which yang salah which yang effective, IDK.! Haha.. Kalau rasa berguna boleh cuba, kalau rasa salah boleh tegur, kalau ada tips lain boleh share

TIPS ANAK SUKA MAKAN

www.instagram.com/farahlee

www.instagram.com/farahlee

Firstly, Maream memang fully BF sampai umur setahun lebih. Start makan fruits dan vegies puree since 6months old, until umur setahun memang dia makan homemade food je. Kiranya before dia setahun memang hari-hari omma masak dan bawak bekal kalau makan kat luar untuk Maream.

After setahun baru dia start makan makanan luar, tapi gula2 jajan fastfood memang limited sangat. Jarang sangat omma benarkan dia makan especially kat rumah, melainkan kalau balik kampung dia beraya la tokpa nekma belikan Haha. But until now, dia tak excited sangat tengok benda tu semua, mintak-mintak jugak tapi takde la mengamuk kalau tak dapat. Maybe sebab jarang makan kot. And maybe sebab tu dia appreciate makanan yang memang ‘makanan’. Sebab benda light2 tu dia kurang makan. Kot la haha..

And after setahun stock susu tak cukup jadi omma start bagi dia susu Full Cream Dutch Lady sambil cont BF sampai dia 2 tahun setengah. Kotak besar 1L tu boleh letak luar, lepas buka baru letak fridge. Dan bagi dia dalam cawan yang ada penutup lubang tiga tu beli kat Ikea . Kalau keluar bawak kotak-kotak  kecil tu, minum guna straw macam biasa. So takyah susah nak bawak botol, susu tepung, air lagi. Ni, cucuk straw siap.

www.instagram.com/farahlee

www.instagram.com/farahlee

BIASAKAN ANAK DENGAN MINUM AIR

Lagipun fresh milk ni kandungan gula dia kurang berbanding susu tepung. Tapi kandungan nutrient dia tinggi. So lagi bagus berbanding susu tepung. Tapi tak sebagus susu kambing la. Dan kalau tengok mata kasar akan nampak costly, tapi kalau kita dah train dorang dapat kenyang dari makanan, dorang tak banyak minum pun. So dah banyak boleh jimat kat situ. Dan omma train dia banyak minum air putih jugak.

www.instagram.com/farahlee

www.instagram.com/farahlee

Before tidur after minum secawan susu tu omma suruh dia minum air pulak. Sekarang before tidur dia akan mintak air. Dan bila makan kat luar pun dia akan order “Air masak satu” So maybe sebab dia tak dapat ‘gula’ dari minuman, so badan dia urge dia untuk dapatkan dari makanan so sebab tu dia suka makan. Kot la hehe. And pasal suka makan sayur tu pun takde specific ajar pun. Just masa kecik keep bagi dia fresh veggie as snack. Actually tak bagus bagi fresh veggie sebab tak masak lagi tapi. Itu je yang senang. And maybe sebab omma pun suka sayur so asyik tengok omma makan salad so dia pun terikut sekali.. Kot la kan haha

ELAK ANAK MAIN GAJET SEMASA MAKAN

And nak sentuh pasal gadget jugak. Sebab kat rumah memang Maream tak dibenarkan main ipad. Kadang-kadang bila omma busy sangat dan tak dapat layan dia baru bagi. Start bagi pun after dia dah almost 2 years old. Tapi bagi kat restaurant je after dia dah habis makan. Bukan bagi masa dia makan. So from that dia focus makan dan appreciate makanan. After dia makan omma bagi ipad supaya omma pulak dapat makan. Kau rasa aku tak lapar.? Hahah

www.instagram.com/farahlee

www.instagram.com/farahlee

Ok itu je kot yang berkaitan pemakanan Maream. Banyak ‘kot’ kat atas tu sebab seriously mana satu yang effective pun omma tak berani cakap sebab bukan bidang omma. Tunggu omma sambung master in child development nanti omma boleh pepoyo sikit share. Maaf pada yang rasa omma berlagak hebat jaga anak share tips bagai, just this sharing as a bulk reply to those who asked.  Anything that benefits you are all from Allah . Thanks.

Sumber Instagram : Farah Lee

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×