Famili

“Rugi Sijil Belajar Tinggi Jadi Suri Rumah, Stres Laaa”- Ini 10 Hakikat Yang Mak Mak Kena Hadapi

9.5K
SHARES
suri rumah

Mungkin ramai yang mengatakan bahawa menjadi suri rumah merupakan perkara yang mudah. Mana tidaknya, asyik kelihatan berada di rumah dan menguruskan anak-anak sahaja bukan? Namun, di sebalik itu ternyata ramai dalam kalangan suri rumah yang mengalami stress yang lebih tinggi berbanding ibu yang bekerja.

Ini hakikat yang anda kena tahu kenapa menjadi suri rumah bukan perkara yang mudah.

BETUL KE JADI SURI RUMAH NI STRES?

suri rumah

Jadi surirumah ke, ibu bekerja ke, ayah bekerja ke, masing-masing ada cabaran tersendiri. Bagaimanapun, bila keluar data begini, dari study yang legit, pasti ada sebab di sebaliknya. Nota ni adalah dari nota Konvensyen Suri 2 tahun lepas. Info ni dikongsi oleh psikologis Akif Basri. Antara Top 10 Penyebab Surirumah Lebih Stres adalah:

1. Menjalani rutin yang sama setiap hari

2. Tidak berpeluang bersosial dengan manusia lain

3. Terkurung di dalam rumah. Bayangkan bertahun-tahun dok pusing-pusing dalam rumah je

4. Tidak mempunyai pendapatan untuk menyara kehendak

5. Kejaya surirumah menggunakan kekuatan fizikal, mental dan emosi secara serentak.

6. Tidak pernah cuti. Orang beraya pun cuti. Tapi surirumah bila raya lagi banyak kerja. Dah la kerja tak bergaji.

7. Mengurus dan mengawal kerenah serta masalah anak anak-anak yang mencabar.

8. Tekanan masyarakat.

“Bazir sijil kau belajar tinggi-tinggi last-last dok dapur.”

“Dok rumah habiskan beras laki.”

“Korang ni golongan yang taknak memajukan diri.”

9. Badan keletihan. Tapi masih perlu membahagikan masa untuk melakukan pelbagai tugas dalam satu hari.

10. Busy mind. Kepala sentiasa memproses pelbagai pemikiran. Antara tugas rumah, keperluan anak-anak, dan keperluan suami.

suri rumah

Nombor 1-3 tu, ramai dah merasa waktu pandemik melanda dengan dasyat 2 tahun ni kan! Faktor yang menggandakan lagi stres ni bila :

– Bekerja sambilan dari rumah

– Tiada pembantu rumah/ ahli keluarga lain yang membantu

– Anak masih kecil

– Anak rapat-rapat

– Mempunyai Anak istimewa

– Campur tangan mertua dan ahli keluarga (selalunya sebab tinggal sebumbung)

– Tiada sokongan dan bantuan dari pasangan

Sesungguhnya, tak mudah jadi surirumah sebenarnya. Dah lalui sendiri, barulah tau cabarannya. Janganlah perkecilkan mereka ni.

Sesungguhnya kerjaya mereka ni mulia. Siapa je sanggup sandang tugas macam-macam tapi tak diberi cuti dan takde gaji? Ada yang sanggup melupakan cita-cita dan kepuasan kerjaya, demi nak membesarkan anak-anak yang cukup kasih sayang dan penjagaan.

Hargailah mereka. Sesekali, pegang bahu dan cakap kat mereka, “You are such a brave and strong for being a housewife.” Itu pun dah cukup beri mereka kekuatan. Jom pakat beri kata-kata yang empowering buat golongan ini dan ibu-ibu lain yang sedang struggle.

Sumber: Wawa Shauqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×