Sihat

Kalau Penat Buat Kerja Rumah Berhenti Sebentar, Nanti Jiwa Mak-Mak Jadi Tepu!

38
SHARES

Sesetengah orang beranggapan, kerja seorang suri rumah paling mudah. Tak perlu perah otak di tempat kerja atau kena marah dengan boss. Malah, ada yang anggap suri rumah boleh bersenang-senang sambil menonton televisyen di rumah serta bergosip dengan jiran tetangga.

Padahal bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai suri rumah sepenuh masa. Namun begitu, kerja rumah ini tidak akan habis dan ada cara untuk atasi jika mak-mak sudah penat mengerjakannya.

Baca juga: Anak Buat Perangai Kerana Ada Masalah Untuk Kawal Diri, Mak Ayah Jangan Abaikan!

Ramai mak-mak yang mengadu penat dan  letih bukan sebab mereka tak ikhlas:

– Jaga anak

– Kemas rumah

– Memasak

– Lipat baju

– Santuni suami

– Bekerja

– Berniaga

– Jaga mertua

Bukan! Bukan! Bukan!

Kalau tak ikhlas, tak akan langsung di buat dah semua kerja kerja yang tak pernah habis ini.

Buat satu, datang dua kerja lagi. Buat hari ini, esok kena buat lagi kerja yang sama. Begitu lah 365 hari setahun. Bukan setakat penat dan letih tapi yang sebenarnya mereka dah tepu jiwa.

Allahu, hanya yang berada di tempat mereka sahaja akan faham kondisi jiwa yang tepu.

Bila jiwa dah tepu, selalu lah kita akan nampak para mak-mak ini jadi:

– Kelam kabut

– Cuai dan lalai

– Tak selera makan

– Muka kusam

– Tidur tak lena

– Susah tidur malam

– Kuat melenting

– Cepat sentap

Dan banyak lagi simptom negatif yang bukan di sengajakan tapi kerap di buat oleh mak-mak.

Sesungguhnya, jika mak-mak ini tenang jiwanya pasti mereka lah orang paling ikhlas dan cermat buat apa pun tugas. Sungguh!

Wallahu a’lam..

Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×