Famili

Ini Sebab Anda Perlu Keluar Dari ‘Dunia’ Mak-Mak Walaupun 30 Minit Saja Untuk Kekal Waras

176
SHARES

Menjadi seorang suri rumah semestinya bukan perkara yang mudah. Mungkin ada dalam kalangan kita yang memandang rendah tentang kerja sebagai suri rumah tetapi dugaannya hanya mereka yang menghadapinya sahaja tahu. Begitu juga dengan perkongsian si ibu ini dimana beliau menghadapi ‘tekanan’ apabila kehidupan seharian berhadapan dengan riuh-rendah anak-anak. Apa yang penting, ibu ini juga berpesan bahawa perasaan ‘love yourself’ perlu jadi tunggak utama.

30 MINIT UNTUK KEKAL WARAS

Ramai mak ayah yang hadapi situasi macam kat bawah ni:

Nak keluar berjalan. Sorang tak nak mandi. Sorang nak tengok tv. Sorang lagi menangis tak tahu nak apa. Dah nak keluar rumah. Sorang tanya nak pakai kasut ke selipar. Sorang lagi nak pakai stokin sebelah lain. Sorang lagi tiba-tiba nak makan (tadi orang ajak sibuk tengok tv).

Nak masuk kereta. Sorang nak masuk ikut pintu depan. Dua orang lagi berebut siapa nak masuk dulu. Dah masuk, susah pulak nak bagi pasang tali dan buckle car seat. Baru je masuk kedai, dua orang dah merengek nak masuk troli. Sorang lagi menangis minta dukung.

Tengah berjalan, sorang merengek nak beli Playdoh, sorang merengek nak ubat gigi Pink dan sorang lagi gembira berlari-lari sambil meluncur atas lantai. Tengah makan, memanjat kerusi. Menjerit nak air. Bergaduh berebut makanan. Air tumpah. Baju kotor.

“MAMA TAK NAK CAKAP DENGAN SESIAP DALAM 10 MINIT”

Bayangkan anda berjalan selama 3 jam dalam keadaan terus-menerus begini. Baru 3 orang. Penatnya Allah je yang Tahu. Saya dah bad mood. Saya masuk kereta dan cakap, “Mama tak nak cakap dengan sesiapa dalam masa 10 minit. Mama nak bertenang.”

Asalnya saya mahu ke kedai buku. Tapi saya padamkan saja hasrat tu sebab saya nak pergi belek buku dengan tenang. Tak nak ada rengekan. Tak nak ada drama. Saya betul-betul serabut dan penat dengan karenah anak-anak. Exhausted. Letih. Fed up. Jadi saya nak balik terus ke rumah. Saya dah malas nak ke tempat lain.

Saya surirumah. Maka di rumah pun sebenarnya sama juga, saya perlu hadapi karenah mereka selama 24 jam seminggu (bayangkan). Selalunya saya keluar seorang sebab suami bekerja. Tapi cuti hujung minggu saya takkan duduk kat rumah. Saya nak keluar balas dendam sebab dah 120 jam saya di rumah.

SUAMI SUKARELA JAGA ANAK, BERI KEBEBASAN

Kali ini saya keluar dengan suami. Suami pujuk supaya saya pergi juga ke kedai buku. Dia sukarela untuk jaga anak sekejap supaya saya boleh ke sana. Sebenarnya dia faham isyarat saya. Saya mahu masa sendiri. Sebentar saja. Jadi saya dipaksa pergi ke kedai buku. Saya dah suarakan keinginan ni sejak 2 bulan sebelum. Saya tengok jam, pukul 6.25 petang. Saya keluar kereta dan berjalan seorang diri. Saya mundar-mandir dengan tenang. Belek buku itu dan ini. Dan berkali-kali pusing tempat yang sama. Pukul 7.05 petang saya keluar tanpa beli apa-apa.

Saya puas. Walaupun tak berjaya beli buku, saya keluar dari kedai dengan emosi yang lebih tenang dan stabil. Walaupun masih terkesan penatnya tadi, tapi saya sudah boleh kawal.

Begitulah. Mak-mak hanya perlukan masa sekejap sahaja. Keluar dari dunia biasa yang dilalui untuk tenangkan diri. Rehatkan mental. Supaya boleh jadi ‘manusia’ semula. Supaya boleh berfikir secara waras. Ya. Bukan badan yang penat sebenarnya. Kalau badan penat, bila rehat hilanglah dia. Tapi bila mental penat, emosi mudah tercalar. Sabar dah tak mampu. Akal jadi tak waras. Jadi kita kena keluar sekejap dari dunia biasa. Mungkin ada orang kata “ala baru 3 orang”.

Jangan samakan situasi kita dengan orang lain. Jangan pukul rata. Kita tak tahu apa yang orang lain hadapi. Diam sahaja kalau tak tahu (ko diammmmmm).

Mak-mak sekalian, ambillah masa 30 minit (atau lebih?) sehari. Keluar sekejap dari dunia mak-mak anda. Buatlah apa pun. Asalkan anda boleh ambil kembali titik waras dan letakkannya di tempat sepatutnya. Saya pernah singgah drive thru beli ais krim sementara anak tidur dalam kereta. Saya suka layan cerita Korea di Viu untuk distract emosi tak stabil dan overthinking. Atau tengok HGTV sambil makan cikedis lepas tidurkan anak-anak. Saya suka tidur kalau saya dah exhausted to the max.

Buatlah apa pun untuk kembalikan kewarasan.

Sebab kita tak tahu apa yang akan jadi bila kita dah terlebih batas kewarasan. Mungkin depresi. Dan kesannya jauh lebih buruk. Sayangi diri anda sendiri sebelum anda sayang orang lain. Love yourself first in order to love others.

Sumber : Masturah Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×