Rakyat

Belum Divaksinasi Punca Jangkitan Covid-19 Terhadap Kanak-Kanak Meningkat – Pakar

37
SHARES

Semakin hari, jumlah kemasukkan kanak-kanak ke hospital semakin meningkat akibat jangkitan Covid-19 dan menurut pakar perubatan penularan varian Delta yang dominan ini menyebabkan peningkatan.

Menurut perunding pakar kardiologi pediatrik Prof Madya Dr Norazah Zahari berkata ada beberapa kes yang dimasukkan ke ICU (unit rawatan rapi.) Tambahnya lagi, satu daripada kes Covid-19 itu telah disahkan sebagai sindrom keradangan pelbagai sistem pada kanak-kanak (MIS-C).

Baca juga: Lengkap Dua Dos Vaksin, Pesakit Covid-19 ‘Stage’ 4 Kongsi Kisah & Petua

‘PANDEMIK GOLONGAN TIDAK DIVAKSINASI’

Menerusi laporan Harian Metro, pakar kesihatan menggambarkan situasi sekarang sebagai ‘pandemik golongan tidak divaksinasi’. Hal ini kerana, pada masa sekarang, kanak-kanak masih tidak dibenarkan untuk mengambil vaksin.

“Golongan yang tidak divaksinasi ini dilihat sebagai lompang dan mereka menjadi golongan yang paling terdedah – kanak-kanak dan remaja,” jelas Prof Madya Dr Mas Ayu Said, pakar epidemiologi di Universiti Malaya (UM).

SUNTIKAN VAKSIN SEBELUM KEMBALI KE SEKOLAH

Pemberian vaksin ke atas golongan remaja dianggar berjumlah 2.7 juta orang dan akan mengambil masa atau sebahagian daripada mereka tidak akan sempat menerima vaksin sebelum sesi persekolahan dibuka kembali pada 3 Oktober ini.

Selain itu, Dr Mas Ayu juga menyarankan agar PPV menyediakan laluan khas untuk keluarga bagi proses vaksinasi dimudahkan untuk mereka yang berusia 18 tahun ke bawah.

Pakar kesihatan juga menyifatkan kelongganran yang diberikan bagi mereka yang sudah lengkap vaksin adalah tidak wajar. Hal ini kerana tahap imuniti kelompak di negara kita belum tercapai selain turut memesan agar sentiasa patuh SOP bagi memastikan ahli keluarga yang belum divaksin terselamat.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×