Famili

Bekalkan Nutrien Tambahan Buat Seisi Keluarga Dengan pelbagai Menu Menarik Berasaskan Yogurt!

531
SHARES

Menjelang Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, mesti ibu bapa di luar sana dah mula pening kan? Maklumlah, ada saja kerenah anak-anak bila tiba bulan puasa nanti.

Ada yang buka periuk nasi bila tengah hari, minum air paip curi-curi, itu belum lagi yang pura-pura pengsan kehausan.

Nampak simple, tapi boleh jadi singa mak dan ayah nanti. Ye la, mana penat kerja, nak masak untuk berbuka dan nak melayan kerenah anak pula.

Maka, penting untuk kita consume makanan berkhasiat yang mampu membekalkan nutrien mencukupi untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Kekal Cergas & Bertenaga Dengan Lactel Natural Set Yogurt !

Seperti yang kita sedia maklum, natural yogurt merupakan makanan yang mempunyai sumber kalsium & protein serta sesuai diambil semasa berpuasa, sebab itu Lactel Natural Set Yogurt  sangat sesuai diamalkan kerana ianya yogurt asli tanpa sebarang perisa tambahan.

Jadi, semua peringkat umur dari yang kecil sehinggalah golongan veteren boleh jadikan Lactel Natural Set Yogurt sebagai diet pemakanan harian mereka.

Ada Banyak Kegunaan! Anda pasti suka Lactel Natural Set Yogurt

Lactel Natural Set Yogurt ada banyak kegunaan dan boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai menu yang berkhasiat dan enak.

Antara menu yang boleh anda hasilkan dengan Lactel Natural set Yogurt adalah smoothie buah-buahan, jus, salad, kari dan pelbagai lagi.

Kandungannya yang terdiri daripada Kalsium dapat membantu perkembangan tulang dan gigi, manakala protein membantu mengekalkan tubuh badan yang sihat, disamping memberi kebaikan kepada kesihatan perut. Maka, tidak hairanlah jika Lactel Natural Set Yogurt sangat sesuai diambil sebagai diet makanan tambahan anda.

Hasilkan Pelbagai Menu Menarik Dengan Lactel Natural Set Yogurt!

Walaupun rasanya kosong, tapi inilah kelebihan Lactel Natural Set Yogurt kerana ianya tidak akan mengubah rasa masakan anda sebaliknya, Lactel Natural Set Yogurt akan menjadi pelengkap rasa bagi sesuatu juadah.

Bayangkanlah bila nak berbuka puasa, kita buat salad buah dan campurkan Lactel Natural Set Yogurt, uishhh… Cukup menyegarkan dan mengiurkan. Boleh licin satu bekas sekelip mata.

Nak lagi padu, anda boleh guna Lactel Natural Set Yogurt  untuk hasilkan smoothie buah-buahan,  seperti smoothie Epal, smoothie Strawberi dan Beri biru, smoothie Mangga dan banyak lagilah. Minum pulak masa berbuka. Memang terangkat

Anda Wajib Cuba 2 Menu Mudah ini!

1 Smoothie Mangga!

Bahan-bahan:

1 biji Mangga Kuning yang telah masak, 1 cawan ais batu, 3 sudu serbuk krim (boleh juga guna 200ml susu full cream), 3 Sudu Madu/ air gula, 2 Sudu Lactel Natural Set Yogurt. Blend semua sekali. Pastu siap untuk diminum. Ermmm! Memang sedap!

2 Salad Buah!

Bahan-bahan:

Potong buah-buahan yang anda suka (pilih buah pelbagai warna, baru cantik). Lepastu, anda gaulkan sahaja semua buah-buahan ini dengan Lactel Natural Set Yogurt hingga sebati. Masukkan dalam peti sejuk sebelum makan sebab salad buah makan-sejuk-sejuk lagi sedap.

Untuk makluman anda, Lactel ialah syarikat yang telah ditubuhkan pada tahun 1967 dan merupakan syarikat jenama susu no 1 di Perancis yang menyediakan produk berkualiti tinggi kepada pengguna di lebih 50 buah negara. Maka, tak hairanlah jika yogurt keluaran mereka menjadi pilihan ramai pengguna tetapi masih boleh didapati pada harga mampu milik.

Apa lagi yang anda tunggu? Jom dapatkan Lactel Natural Set Yogurt hari ini juga bagi membekalkan nutrien tambahan kepada diri anda sekeluarga.

Tertanya-tanya dimana nak dapatkan Lactel Natural Set Yogurt? Apa yang anda perlu lakukan hanyalah berkunjung ke pasar-pasar raya besar seperti Giant, NSK, Tesco, Billion, Mydin, Aeon, Speedmart, KK Mart dan semua pasar raya yang berdekatan dengan anda. Mereka pasti ada jual Lactel Natural Set Yogurt.

Nak dapatkan lebih info dan resepi terkini menggunakan Lactel Natural Set Yogurt? Anda klik sahaja link dibawah.

Website: Lactel

Facebook: Lactel Malaysia

Panda Mart: https://www.foodpanda.my/chain/cl5ku

Happy Fresh: https://www.happyfresh.my/

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×