Inspirasi

#BebasBersama: Sambut Hari Kebangsaan Tonton Drama Komedi Pendek ‘3 Sekawan’, Riuh!

1
SHARES
drama 3 sekawan

Berada dalam bulan Ogos, sudah pasti kita dapat merasakan bahang sambutan Hari Kebangsaan ke-65 negara bukan? Nampaknya, sambutan Hari Kebangsaan #BebasBersama negara tercinta kita ini juga hampir tiba. Semestinya, rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat sedang giat membuat persiapan untuk menunjukkan semangat patriotisme masing-masing.

Baca juga: 5 Tempat Menarik Ibu Bapa Boleh Bawa Anak Sempena Merdeka, Barulah Semangat Cintakan Negara!

#BEBASBERSAMA: DRAMA KOMEDI PENDEK, ‘3 SEKAWAN’ SEMPENA MERDEKA!

Apabila tibanya tanggal 31 Ogos, kita akan melihat kibaran Jalur Gemilang yang diletakkan pada kereta serta kediaman rakyat Malaysia. Waktu ini jugalah yang sesuai untuk layan filem-filem patriotik bukan?

Tetapi apa yang akan berlaku apabila sekumpulan kanak-kanak mengambil makna ‘kebebasan’ dan ‘Merdeka’ secara literal?Untuk meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, syarikat media terbesar di Malaysia iaitu Media Prima Berhad akan menerbitkan sebuah drama komedi pendek yang bertajuk ‘3 Sekawan’.

BERDASARKAN PERISTIWA SEBENAR, ‘3 SEKAWAN’ DIBINTANGI PELAKON TERKENAL

*MEDIA PRIMA Hari Kebangsaan 2022 | 3 Sekawan (Treler #1) #bebasbersama

Berdasarkan peristiwa sebenar, ‘3 Sekawan’ dibintangi barisan pelakon terkenal Malaysia termasuk Dato’ Rahim Razali, Kazar Saisi, Redza Rosli, Sherry Ibrahim dan Mandy Chong. ‘3 Sekawan’ mengisahkan tiga sekawan cilik – Faiz, Ah Chong dan Danush – yang berkumpul untuk menyambut Hari Kebangsaan di kampung mereka.

Setelah mengatur sebuah rancangan besar, kelakar dan nakal demi kebebasan mutlak, berlakunya huru-hara di kampung tersebut apabila tiga sekawan itu cuba memperbetulkan segala-galanya sebelum tibanya hari yang bermakna itu. Jadi macam mana tu?

Siri pendek yang terbahagi kepada empat episod ini adalah sebahagian daripada kempen #BebasBersama oleh Media Prima Berhad untuk mendidik, mengingatkan dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia terutamanya generasi muda tentang pengorbanan wira tempatan kita dalam memastikan negara bebas dan merdeka.

Anda boleh menonton ‘3 Sekawan’ secara percuma pada 31 Ogos 2022 di TV3 pada 9 malam, NTV pada 9.30 pagi atau TV9 pada 10.30 malam. Anda juga boleh menonton filem pendek ini secara penuh di www.tonton.com.my.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×