1-2 Tahun

Anak Kecil Memang Comot Kalau Makan Sendiri. Tapi Ini 5 Perkara Penting Yang Mereka Belajar

3K
SHARES

“Ish… Habis berterabur makanan dekat lantai ni. Orang suruh makan, dia buat sepah. Kalau kita suap, asyik nak mengelak saja. Kenapa suka comot-comot macam ni, sayang?”

Ada sesetengah anak kecil memang teruja bila nampak makanan. Tapi, mereka bukannya nak makan sangat. Sebahagian besar makanan habis disepahkan. Sedikit saja yang masuk dalam perut.

Sebelum anda ‘naik angin’, tahukah bahawa sebenarnya proses bermain makanan sebenarnya mempunyai kaitan dengan perkembangan dan pembelajaran bayi?

5 Manfaat Yang Anak Kecil Belajar Semasa ‘Bermain’ Makanan

Walaupun rasa nak marah, berikut adalah beberapa kelebihan yang dipelajari oleh anak semasa bermain makanan.

1. Menguasai Bahasa Dengan Pantas

Dalam sebuah jurnal Developmental Science, para pengkaji mendapati bahawa anak kecil yang suka bermain makanan – menyepahkan, menggigit, memicit, mengacau, merasa, dan ‘mencomotkan’ diri dengan makanan tersebut dilihat lebih cepat mempelajari perkataan.

Perkataan yang dipelajari ini terutamanya berkaitan dengan makanan atau sifat makanan tersebut. Secara amnya, peningkatan kosa kata ini membantu mereka menguasai bahasa dengan lebih pantas dan tepat, berbanding anak kecil yang tidak bermain dengan makanan.

cara ajar anak bercakap

Foto Kredit: koodakonline.com

2. Dapat Mengenal Lebih Banyak Saiz Dan Bentuk Objek

Kajian juga membuktikan bahawa anak kecil mampu mengenalpasti objek dengan lebih tepat kerana kesemua deria diaktifkan apabila anak kecil memasukkan sesuatu ke dalam mulut mereka.

Contohnya, objek yang mudah seperti cawan dan epal mungkin mudah untuk dikenalpasti oleh kebanyakan anak kecil. Tetapi, bahan yang mudah berubah sifat mungkin lebih sukar diteka apabila ia berubah bentuk dan dipelbagaikan dalam hidangan – contohnya oatmeal, bubur, sup, dan susu.

Oleh itu, apabila anak kecil selalu meneroka tekstur makanan ini dengan tangan, lidah, hidung, dan mata mereka, lebih cepat untuk mereka belajar mengenalinya dengan tepat.

Foto Kredit: today.com

3. Bijak Membezakan Sifat Objek

Selain daripada belajar untuk mengenalpasti, satu lagi kemahiran yang dipelajari secara tidak langsung adalah membezakan sifat sifat satu makanan dengan makanan yang lain.

Hanya melalui merasa, membaling, mencucuk, menggigit, atau menghidu makanan ini mereka dapat menghargai tekstur sesebuah objek secara menyeluruh. Proses belajar ini juga dikatakan lebih pantas berlaku bagi anak kecil yang makan sendiri di kerusi khas mereka atau highchair. Ini kerana, mereka berasa selesa dan tidak rasa terhalang untuk menyepahkan makanan di ‘kawasan mereka’ tersebut.

4. Mengikis Tabiat ‘Picky Eating’

Dalam Journal of the Academy of Nutrition and Dietetics pula, sifat ‘comot’ yang ada pada anak kecil semasa makan ini sebenarnya membantu mereka untuk menjadi seseorang yang adventurous dan berani mencuba pelbagai hidangan baru.

Anak-anak yang ‘comot’ ini juga didapati lebih cenderung untuk makan secara seimbang – termasuklah buah-buahan dan sayuran. Maka tidak hairanlah kenapa pakar kesihatan menyarankan anak-anak kecil yang kurang berat badan supaya diberi peluang untuk makan sendiri atau ‘bermain’ dengan makanan.

www.today.com

5. Perkembangan Kognitif Jangka Masa Panjang

Akhir sekali. di sebalik tabiat ‘meneroka’ makanan ini juga, ia memberi pendedahan kepada cara mereka belajar dan memproses maklumat serta menggalakkan otak mereka berfikir untuk menyelesaikan masalah.

Semua pembelajaran awal yang terlibat ini berkait rapat dengan perkembangan kognitif yang lebih baik pada masa akan datang.

anak yang bijak

Foto Kredit: zt.ridna.ua

Jangan Marah Ya Mama!

Jadi, ibu-ibu jangan terlalu risau kalau anak suka menumpahkan makanan kerana semua proses ini membantu mereka menjadi fast learner, seperti yang dijelaskan dalam penelitian oleh Universiti Iowa.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×