Famili

Bimbang Anak Meragam Sepanjang Penerbangan, Wanita Ini Beri 200 Goodies ‘Comel’ Kepada Semua Penumpang

9.4K
SHARES
ibu korea bagi goody

Mempunyai masa perjalanan yang panjang bersama anak kecil sudah semestinya bagus untuk mengeratkan hubungan sesama ibu dan anak namun, semuanya tidak akan menjadi indah. Perjalanan yang lama dan jauh terutama sekali berada dalam pesawat mungkin akan menjadi mimpi ngeri buat ibu bapa.

Mana tidaknya, dalam suasana yang sunyi di dalam pesawat anak anda mungkin akan secara tiba-tiba menangis dengan kuat dan mengganggu penumpang yang lain. Tambahan pula jika tempoh penerbangan disertai dengan gangguan cuaca seperti angin yang tidak menentu, makin menangis si anak kecil.

KENAPA BERI GOODIES BAG KEPADA PENUMPANG?

Namun, berbeza pula dengan seorang ibu dari Korea ini dimana orang ramai berkongsikan gambarnya di laman Facebook. Di dalam perjalanan selama 10 jam dari Seoul ke San Fransisco, si ibu ini secara tiba-tiba mengagihkan sebanyak 200 goodies bag yang sudah disediakan awal kepada para penumpang. Kenapa?

Ramai yang tertanya-tanya kenapa si ibu ini mengagihkan goodies bag ini kepada para penumpang. Hal ini kerana beliau khuatir anaknya yang berusia 4 bulan akan menangis dan menganggu orang ramai di dalam pesawat. Baiknya!

Turut disertakan bersama-sama bungkusan gula-gula tersebut adalah nota menerangkan situasi yang dialaminya. Maklumlah kali pertama membawa anak kecil menaiki pesawat, pastinya perasaan gementar itu ada kerana belum membiasakan diri dengan situasi anak menangis secara tiba-tiba.

AMAZING!

Memang ramai orang tersentuh dan ‘sejuk hati’ dengan cara yang digunakan oleh si ibu ini. Mana tahu, anda pun boleh cuba?

Sumber: Dave Corona

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×