Hebahan

Nak Holiday Ke Korea Dengan Murah? Klook Ada Tawaran Menarik Untuk Anda!

10.3K
SHARES

Bila dah nak masuk tahun baru ni mula lah orang akan tercari-cari tempat nak pergi bercuti. Yelah hujung tahun lah baru sempat nak release tension dengan orang tersayang dan kawan-kawan. Tapi harga tiket mesti akan melambung bila hujung-hujung tahun ni. Haa..tak payah risau sebab ada satu apps yang boleh selesaikan hal travel dari awal pergi sampai lah anda balik! Nak tahu apa dia?

Mestilah aplikasi Klook! Klook adalah apps yang digunakan untuk mencari tarikan, tours, bersiar-siar, pengangkutan, wifi dan banyak lagi. Nak cari tempat-tempat menarik? Makanan murah tetapi berbaloi? Semuanya boleh didapati dengan Klook.

Psst..Dengar cerita Klook ada promosi khas untuk anda yang suka travel ke Korea. Wow!

JALAN PINTAS PEMBELIAN TIKET

Kalau anda nak tahu, Klook memperkenalkan sistem baru iaitu sistem di mana perjalanan akan menjadi lebih mudah dan tidak membebankan. Sebagai contoh, aplikasi Klook menawarkan kemudahan untuk anda supaya tidak perlu beratur panjang membeli tiket dengan hanya menggunakan imbasan e-tiket Klook sahaja.

Dengan jaminan harga yang murah, anda juga boleh menikmati penjimatan kerana pembelian e-tiket Klook tidak mempunyai tarikh luput. Bukan tu je, Klook juga membantu perancangan anda untuk pergi ke mana sahaja, so tak perlu runsing dah nak pergi mana.

“Ini sangat mudah dan cepat, dengan hanya menunjukkan cetakan atau baucer di smartphone anda kepada staff dan YES! anda terus boleh masuk tanpa berbaris”.

-Elin Anak, salah seorang pengguna aplikasi e-tiket Klook-

Haa..dengar tu. Sekarang kan semuanya berada di hujung jari je, hanya click dan anda sampai ke destinasi. Kebiasaannya, kalau bab nak plan nak pergi mana or nak beli tiket mesti kena rancang awal-awal, betul tak? Tapi kalau korang tak sempat dan terpaksa buat pembelian last minute pun takpe sebab e-tiket Klook ni tidak mempunyai tarikh luput dan mudah merancang perjalanan anda walaupun di saat akhir. Syok kan?

JOM KE KOREA!

Kan tadi kami ada bagitahu Klook ada promosi khas ke Korea kan? Ini antara kelebihan yang anda boleh nikmati ke Korea dengan Klook:

Everland

Dengan tiket masuk secara terus, anda akan dapat jimat lebih banyak masa dan nikmati keseronokan taman tema Everland pada tahap maksima! Lagi satu, sekiranya penginapan anda berada di Hongdae, Myeongdong dan Dongdaemun, anda boleh menggunakan shuttle bas yang disediakan ke Everland dan transfer dari Seoul. Mudah kan?

Di Everland, anda berpeluang untuk merasai tarikan yang best dan tidak membosankan. Antara tarikan yang menarik perhatian ialah Panda World di mana anda boleh melihat aksi dan kecomelan panda-panda yang terdapat di Everland.

Bukan itu saja, Everland juga menyediakan taman tema khas untuk pelancong yang meminati aktiviti fun dan juga seronok. Antara menjadi tarikan ialah T Express di mana roller coaster yang panjang dan mencabar!

Nami island

thetravelintern.com

Untuk anda yang berminat pada pemandangan semula jadi dan di kelilingi pokok-pokok yang indah, kena la rasai sendiri dengan pergi ke Nami Island. Anda boleh melawat kawasan Nami island dan tempat-tempat menarik dengan hanya satu trip sahaja. Sekiranya masih sesat atau tak tahu nak pergi mana, jangan risau akan ada tour guide profesional yang akan membantu dan menerangkan untuk anda. Wow! Macam seronok kan!

Petite France

habkorea.net

Korea ke Perancis ni? Mesti anda tertanya-tanya bukan? Petite France adalah Perancis mini di mana anda akan dapat merasai seperti di Perancis sendiri. Bukan itu sahaja, bentuk bangunan yang unik dan bewarna-warni menarik perhatian pelancong untuk mengambil gambar dijadikan kenangan. Tambah lagi dengan musim sejuk, mesti lagi cantik dan syok kalau nak ambil gambar bukan?!

Garden Of Morning Calm

blog.bnbhero.com

Ingin mengalami keindahan semuladi yang ada di Korea? Nak suasana yang tenang dan best? Anda kena rasai sendiri dengan pergi ke Garden Morning Calm. Suasana yang nyaman serta segar untuk mata dan minda mampu memberi impak positif bagi anda yang ingin melepaskan tekanan.

Untuk anda yang meminati ala-ala taman dan colourful, kena la singgah Garden Morning Calm ni.

Gangchon Rail Bike

befreetour.com

Anda inginkan aktiviti yang sedikit lasak dan best? Tapi pada masa yang sama boleh nikmati pemandangan yang indah dan lawa? Gangchon Rail Bike menawarkan trip yang sangat menarik pada seharian. Dengan menaiki basikal rail Gangchon, anda dapat bersenam sedikit dan nikmati pemandangan yang sangat menakjubkan! Menarik bukan?! Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk ke Korea sekarang.

Korea Rail Pass

englishspectrum.com

Klook juga memudahkan perjalanan anda untuk ke destinasi yang anda nak pergi dengan cepat dan senang. Anda juga boleh rasai pengalaman menaiki Korea Railway iaitu kereta api berkelajuan tinggi yang menawarkan perjalanan tanpa had sebanyak 600 stesen dan 80 laluan yang berbeza. Pelancong boleh dapatkan pelbagai jenis tiket 3/5 hari berterusan atau 2/4 hari secara fleksibel.

Discover Seoul Pass

http://chrisyan8.blogspot.com

Klook turut menawarkan Discover Seoul Pass iaitu akses ke 42 tempat tarikan pelancong yang popular di Korea. Bukan itu je, ada juga diskaun kemasukan ke 35 tempat tarikan pelancong yang menarik, khas untuk pengguna Klook. Siap ada pass edisi BTS special untuk peminat kumpulan tersebut!

Pengalaman Sewa Hanbok

befreetour.com

Tak sah pergi Korea kalau tak merasai pengalaman memakai pakaian tradisi Korea kan? Teringin nak pakai tapi takut harga mahal? Jangan kuatir, Klook kan ada untuk anda check harga dan lokasi untuk pakai pakaian tradisi Korea Hanbok. Jangan lupa ambil gambar banyak-banyak tau!

KLOOK, TEMAN PERCUTIAN ANDA!

Lepas ni, dah tak payah susah-susah untuk rancang percutian anda ke luar negara. Klook kan ada! Dengan lebih 100,000 aktiviti dalam 350 destinasi, Klook memang aplikasi yang dapat membantu anda untuk merancang, memudahkan segala aktiviti dan perjalanan serta menjimatkan masa anda pada harga terbaik!

Untuk maklumat lebih lanjut dan sebarang perkembangan terkini, layari www.klook.com atau muat turun aplikasi ini di Google Play atau App Store untuk memulakan tempahan!

#klookmy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×