Business

Nak Comel Macam Artis Korea, Ini 3 Butik Fesyen Korea Yang Akan Dibuka Di Johor Tak Lama Lagi!

2.5K
SHARES

Korea bukan sahaja popular kerana dramanya yang sangat romantik. Trend fesyen yang sangat cantik, cute dan menarik hingga buat para gadis taksub dengan Korea!  Tak perlu terbang jauh hingga ke Korea untuk beli pakaian jenama fesyen Korea, di Malaysia sudah ada butik yang dibuka!

Kini, tiga jenama fesyen Korea sedang menjadi kegilaan remaja, terutama peminat muzik Kpop. Para gadis perlu tahu tiga butik fesyen Korea yang kian popular di Malaysia. Lebih-lebih lagi ia akan dibuka di Johor. Kat mana? Baca sampai habis…

SPAO

SPAO merupakan label pertama yang menguasai industri fesyen di Korea. Pelbagai koleksi untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak termasuk pakaian kasual, sut lelaki, sut wanita, pakaian dalam, sukan dan aksesori. Ia dihasilkan oleh pereka terkemuka dengan fabrik berkualiti.

Suasana SPAO yang sangat amazing

Tak lama lagi SPAO akan memperkenalkan koleksi terbaru mereka iaitu Shin Chan Collection. Comelnyaaa.  Yang minat Shin Chan jangan lepaskan peluang untuk dapatkannya sementara stok masih ada. Baju tidur Shin Chan ini memang buat anda nampak sangat comel bila memakainya.

Shin Chan Collection, sementara stok masih ada! Comel kan?

Selain itu, SPAO juga ada promosi barangan lain. Antara yang admin suka adalah backpack dengan harga RM19 sahaja!  Murah kan. Weee… Ada pakaian mereka yang dipromosikan juga. Boleh tengok flyers bawah ini ya. Banyak tau promosi yang ada!

Backpack harga RM19, hanya apabila dibuka di Johor nanti!

SPAO yang akan dibuka di Johor ada tawaran khas untuk anda! Untuk 300 pelanggan pertama, anda akan dapat Baucer Separuh Harga (hanya untuk item pada harga biasa). Selain itu, 150 pelanggan pertama boleh beli satu item berharga bawah RM100 dengan harga RM10 sahaja! Take note! Kedua-dua tawaran ini hanya sah pada 28 November 2017. Ingat tu.

MIXXO

Ladies, inilah kedai yang patut anda kunjungi! MIXXO berasal daripada perkataan ‘Mixology’, menawarkan pelbagai pilihan koleksi pakaian yang sesuai digayakan untuk kerja, santai ataupun acara tertentu. Nampak sangat elegan! 

Banyak koleksi pakaian wanita di MIXXO.

Jika diperhatikan, semua koleksi pakaian dalam MIXXO adalah untuk wanita. Tak hairanlah ia dipanggil fesyen wanita terkemuka di Korea. Wow! MIXXO di Johor akan menawarkan pelbagai promosi pakaian mereka sempena Winter Collection. Ala ala winter sonata gitu. Hehe. 

Ada tawaran hebat untuk anda yang mengunjungi butik MIXXO di Johor nanti. Boleh dapat Baucer Separuh Harga (hanya untuk item pada harga biasa) jika anda menjadi antara 300 pelanggan pertama di MIXXO. Ingat ya. Hanya sah pada 28 November 2017.

Kemudian, kalau anda buat pembayaran sebanyak RM300 dan ke atas dalam satu resit, anda akan dapat Canvas Tote Bag secara percuma! Beg ini limited edition tau, kena cuba dapatkannya. Shopping banyak-banyak, boleh dapat beg limited edition. Bestnya!

SHOOPEN

SHOOPEN ini merupakan jenama kasut nombor satu di Korea tau. Aneka koleksi kasut ada di sini. Ia menawarkan pelbagai kategori kasut dan aksesori yang memenuhi citarasa semua generasi. Lengkap untuk satu keluarga, sebab kasut untuk lelaki, wanita, dan kanak – kanak semua ada di SHOOPEN.

Selesa sungguh SHOOPEN ini. Sedap mata memandang.

Sesetengah orang tak suka diikut oleh pekerja kedai bukan? Tak perlu risau! Di SHOOPEN, anda boleh nikmati keselesaan ruang dan masa peribadi anda. SHOOPEN membolehkan pembeli berjalan ke kedai, memilih barang kegemaran mereka, teruskan dan cuba tanpa perlu menunggu kakitangan kedai. Selesa dan tak rimas. 

Song Ji Hyo pernah datang ke Malaysia semasa Shoopen Daily Special

Seperti SPAO, SHOOPEN yang akan dibuka di Johor juga ada tawaran hebat! Anda boleh dapat Baucer Separuh Harga (hanya untuk item pada harga biasa) jika anda menjadi 300 pelanggan pertama. Jadi 150 pelanggan pertama, anda boleh beli satu item berharga bawah RM100 dengan harga RM10 sahaja! Hanya sah pada 28 November 2017. Jangan lupa tu.

TIGA BUTIK FESYEN KOREA AKAN DIBUKA DI JOHOR, TAPI KAT MANA???

Sekarang mesti semua tertanya – tanya kat mana butik fesyen Korea ini akan dibuka di Johor bukan? Hehe. Admin bongkar rahsia untuk anda.  Tiga butik fesyen Korea iaitu SPAO, MIXXO, dan SHOOPEN akan dibuka di Johor nanti. Tapi di…

Haha. Paradigm Mall Johor Bahru! Mesti semua terkejut kan? Orang Johor mesti tahu tempat ni. Nampak amazing kan. Ramai orang Johor lama menantikan shopping mall ini dibuka. Tak sabar rasanya.

Sebelum ini di Sunway Velo City. Belum buka lagi dah ramai orang tunggu.

Jadi, jangan lupa kunjungi SPAO, MIXXO, dan SHOOPEN di Paradigm Mall Johor Bahru. Dengan pelbagai promosi hebat yang ada, pasti buat anda tak menyesal. Orang Johor kena datang, pakat dengan keluarga dan rakan-rakan tau. Jom shopping puas – puas!   

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×