Kini Trending

Bapa Dukung Baby 5 Bulan Sepanjang Naik Bukit, Tabik Spring Tak Pakai Baby Carrier Tau!

18
SHARES

Hiking atau aktiviti mendaki gunung dan bukit sudah menjadi trend dalam kalangan orang ramai. Tunggu sahaja hujung minggu, pasti akan ada aktiviti ke tempat hiking yang boleh dilakukan bersama keluarga. Bukan sahaja untuk orang dewasa, aktiviti ini juga telah diolah apabila kanak-kanak juga boleh ikut serta tapi dengan pengawasan ketat dari ibu bapa.

Bukan itu sahaja, ada juga yang sudah bawa bayi ikut serta dalam aktiviti pendakian tau!

BAWA BAYI USIA 5 BULAN KE TEMPAT HIKING, AYAH INI DIPUJI

tempat hiking

Viral di laman media sosial Tiktok apabila seorang bapa yang dikenali sebagai Muhammad Furqan Othman dilihat tidak memerlukan pengendong atau baby carrier ketika membawa anak berusia 5 bulan menyertai ekspidisi ‘hiking’.

Bayi yang berusia 5 bulan bernama Marissa Faitihah Hana yang sangat tenang dan tidur sepanjang pendakian tersebut dilihat melekap kemas di badan bapanya.

Tambah si bapa ini lagi di dalam video perkongsian, anaknya itu akan menangis jika bapanya berhenti lama ketika pendakian. Hal ini menyebabkan mereka meneruskan jalan pendakian dengan lancar.

@syareelizamali

Kalau setakat budak budak kecik tu biasalah Abam jumpa parents diorang bawak panjat Bukit Gasing ni tapi kali ni baby dibawaknya.. Tabik springlah satu family ni.. Mak dia dah lepas ke atas dah.. Gilir-gilir dukung baby katanya.. 🫡 #nature #hiking #healing #forest #bukitgasing #petalingjaya #selangor #malaysia #fit #fitforlife #fypシ #fyp

♬ original sound – SIA – SIA

Apa yang menariknya, bayi tersebut akan mudah menangis apabila berada di dalam rumah berbanding berada di kawasan luar yang lebih tenang dengan alam.

Bayi berusia 5 bulan ini juga pernah dibawa mendaki ke tempat paling tinggi seperti di Bukit Broga dan turut mempunyai perancangan ke Gunung Angsi dan Gunung Datuk di Rembau Negeri Sembilan.

Bukan itu sahaja, warganet turut meninggalkan komen supaya ayah ini berhati-hati sepanjang pendakian membawa bayi. Ada juga yang teruja dengan apa yang dilakukan agar anak-anak terbiasa dengan aktivit lasak.Mantap!

Sumber: Tiktok @syareelizamali

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×