Famili

Banyak Pasangan ‘Terkurung’ Sepanjang PKP, Fenomena Baby Boom Bakal Melanda Malaysia 2021!

64
SHARES

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) amat memberi impak yang besar buat seluruh penduduk Malaysia. Tidak seorang pun terkecuali dari perintah ini, semua dilakukan bagi mengelak berlakunya penularan wabak Covid-19 yang boleh membawa maut. Hanya perlu mengurung diri didalam rumah, ini juga dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain didalam sesebuah keluarga.

Akibat dari PKP ini, Malaysia juga diramalkan akan mengalami situasi yang agak luar biasa pada awal tahun hadapan atau lebih tepat pada Januari 2021. Malaysia diramal bakal mengalami pertambahan jumlah kelahiran bayi yang luar biasa berdasarkan sesebuah kajian yang telah dilakukan.

Ramalan Dibuat Oleh LPPKN

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melakukan ramalan itu berdasarkan atas kajian ke atas kes yang sama berlaku di luar negara pada masa dahulu. Ketua Unit Kesihatan Reproduktif, Dr Hamizah Mohd Hassan berkata, dengan perlaksanaan PKP ini, ianya mampu mempengaruhi jumlah kelahiran bayi pada awal tahun hadapan disebabkan kebanyakan pasangan yang sempat melangsungkan perkahwinan sebelum tempoh PKP hanya terpaksa berkurung sepanjang tempoh perintah berlangsung.

Menurut Dr Hamizah lagi, ramalan yang dilakukan itu adalah berdasarkan fakta kajian kes kes kelahiran baru yang luar biasa yang pernah berlaku diluar negara sebelum ini apabila penduduk penduduk sesebuah bandar itu terperangkap didalam rumah untuk jangka masa yang panjang.

Amerika Syarikat Pernah Melalui Situasi Itu

Dr Hamizah merujuk kepada kes yang berlaku di Maine dan New Hampshire, Amerika Syarikat di mana bandar itu ditutup untuk beberapa minggu gara gara mereka dilanda ribut salji yang teruk pada tahun 1998 dan kes kelahiran baru luar biasa berlaku selepas berlakunya tempoh pengurungan itu berlaku.

“Saya memetik kenyataan dibuat Patrick Whittle (wartawan Associated Press) iaitu pada tahun 1998 terdapat ribut salji yang buruk di Maine dan New Hampshire. Bandar itu terpaksa ditutup dan penduduk terperangkap di rumah dalam jangka lama.

“Sembilan bulan kemudian terjadi ‘baby boom’ (kelahiran bayi luar biasa) di sana. Perkara yang sama juga dijangka boleh berlaku di Malaysia kerana rakyat terpaksa duduk di rumah melalui tempoh PKP ketika ini,”

katanya dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Beliau berkata lagi, bagi menangani isu ini, pasangan yang baru berkahwin digalakkan untuk merancang kekeluargaan menerusi kaedah tertentu seperti mengambil pil kontraseptif kecemasan (ECP) bagi mengelak kehamilan. Kaedah lain seperti suntikan hormon pencegah kehamilan, memasang alat pencegahan kehamilan di dalam rahim (IUCD), memasang implan atau menggunakan kondom juga dapat mencegah kehamilan.

“Sekiranya bimbang berlaku kehamilan selepas melakukan hubungan kelamin, wanita boleh mengambil serta merta ECP pada kadar dua biji sekali makan disusuli sebiji pil selepas 12 jam.

“Pil ini boleh dimakan dalam tempoh 72 hingga 150 jam atau tiga hari maksimum tetapi keberkesanannya hanya 85 peratus saja.

“Begitu juga jika penggunaan IUCD atau impan sudah tamat tempoh, wanita boleh mengambil pil pencegah hamil atau kondom. Pil pencegah hamil boleh dibeli di farmasi atau klinik kerana ia ubat yang termasuk dalam kategori C iaitu boleh dibeli tanpa memerlukan preskripsi doktor,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Dr Hamizah menasihatkan pasangan suami isteri diluar sana agar bijak merancang kehamilan sepanjang tempoh PKP ini dan haruslah bersedia menerima kelahiran baru jika berlakunya kehamilan diluar jangkaan.

Sumber : Berita Harian

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×