Rakyat

#BantuanKhasPERMAI: PM Umum Bantuan Moratorium Diteruskan

15
SHARES

Oleh kerana negara kita sedang dilanda dengan gelombang ketiga penularan wabak Covid-19, kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif bagi membantu rakyat yang terjejas. Ini juga telah diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada tahun lepas dimana belanjawan kali ini akan memfokuskan untuk membantu rakyat.

Namun, dengan perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan yang terbaharu, dapat menjejaskan ekonomi rakyat khususnya golongan B40 walaupun terdapat beberapa sektor yang dibenarkan beroperasi.

Pakej Bantuan PERMAI

Jadi, dalam satu pengumuman khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pakej Bantuan Khas PERMAI,iaitu bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia yang bernilai sebanyak RM15 billion.

Peruntukan kali ini memfokuskan kepada bantuan kesihatan petugas barisan hadapan dan memastikan program vaksin berjalan dengan lancar.

Semasa tempoh pelaksanaan PKP ini, beliau juga menekankan bahawa bantuan moratorium dan pengurangan bayaran balik pinjaman akan terus disediakan. Moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bankbank, seperti yang diumumkan sebelum ini. Bagi negeri-negeri yang dilanda banjir, 15 buah bank juga telah pun menawarkan moratorium bayaran balik pinjaman.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×