Cantik

Bantu Wanita Yang Menjadi Mangsa Dera! Kita Mampu Mengubahnya!

12K
SHARES

Saban tahu kes penderaan terhadap kaum wanita semakin meningkat. Tahukah anda menurut repot Working Together: Case Studies in Domestic Violence Response, 2015  sebanyak 44 orang wanita (40%) daripada 110 wanita didera secara fizikal dan mental oleh pasangan mereka lebih daripada 5 tahun? Manakala, 41% lagi didera diantara 1 hingga 5 tahun dan selebihnya kurang daripada 1 tahun. Ini membuktikan bahawa sebanyak 81% wanita pernah menjadi mangsa dera.

Ada yang dipukul, ada yang dipaksa melakukan hubungan seks tanpa rela dan ada pula yang sering menjadi mangsa sumpah saranah pasangan mereka.Sungguh menyayat hati jika keadaan ini berterusan. Bahkan, lebih memilukan bila ada diantara mereka yang berjaya diselamatkan tetapi trauma dan mengalami kemurungan yang melampau.

Prihatin! Bantu Mereka Jom!

Mereka memerlukan bantuan kita! Bantulah mereka untuk mendapatkan daripada pihak yang sewajarnya. Bukan apa golongan ini mungkin malu untuk melaporkan masalah mereka pada pihak berwajib seperti polis, Jabatan Kebajikan Masayarat dan institusi kesihatan yang berwajib.

Golongan yang teraniaya ini hanya keluarga yang menjadi tempat mereka mengadu. Namun, ada yang dibuang dan dituduh sebagai mengada-ngadakan cerita. Bagi anda sedang atau pernah melihat atau menjadi mangsa dera ini  bolehlah buat aduan di UN Women atau hubungi no telefon dibawah. 

Kita Boleh Mengubahnya!

Kini dengan setiap pembelian yang kita lakukan di HERMO kita akan menyumbang RM 1 kepada kaum wanita lain yang menjadi mangsa kepada keganasan dan penderaan rumah tangga di seluruh dunia. Kempen yang bakal dilancarkan pada 5 hingga 11 Mac ini merupakan kempen khusus yang dilakukan bersempena dengan International Women’s Day.

Jika kita tidak menghargai dan membantu mereka yang memerlukan, mungkin lebih ramai yang akan menjadi mangsa. Program ni turut disertai oleh brand kosmetik terkemukan seperti XIXILI, Klairs, Bioderma dan NIVEA.

Beli Sambil Menderma!

Bagi memenuhi impian setiap wanita di dunia untuk hidup bahagia dan ceria, HERMO dengan jayanya membawakan kepada anda promosi kaw-kaw dengan harga runtuh. Jangan lupa tau setiap pembelian yang anda lakukan, RM 1 akan diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Kini dengan harga serendah RM 9.90 anda dah boleh dapatkan lip produk kesukaan anda. Bahkan mereka ada tawaran hebat dimana semua produk HERMO akan dijual serendah RM 38 bermula dari jam 10 pagi,  5 Mac hingga 9.59 pagi ,8 Mac ini… Tambah hebat bila korang boleh beli 3 item dan dapat 8 item percuma. Yang ni terhad kepada 250 set sahaja. Siapa cepat dia dapat tau!

Semoga dengan adanya kempen ni makin ramai yang akan sedar dan sudi membantu wanita yang memerlukan diluar sana. Ye la! Bukan sahaja anda dapat membeli barangan kesukaan anda pada harga runtuh tetapi anda juga dapat membantu insan lain yang memerlukan.

Isu sebegini seharusnya tidak diambil mudah, kerana ianya turut melibatkan golongan remaja yang merupakan modal insan bagi pembangunan negara di masa akan datang.

  • Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO) – 03-7956 3488
  • TINA (SMS/WhatsApp line) : +6018 988 8058 (24 hours)
  • Talian Helpline (Semua Tindakan Wanita) – 03-7877 0224
  • Polis – 03-2031 9999 / 03-2266 3333

Website: HERMO

Facebook: HERMO

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×