Tahun Baharu 2025 dijadikan sebagai permulaan buat ramai individu yang sedang mencari peluang pekerjaan. Selain dari berusaha dalam menyediakan resume dan melatih cara bercakap dengan lancar, kita juga perlu menghafal doa interview kerja sebagai salah satu cara menyerahkan segala urusan kepada Yang Maha Esa.
Ada banyak doa yang boleh diamalkan namun, salah satu doa yang diamalkan oleh Nabi Musa AS ini sering dijadikan rujukan dan tidak susah untuk dihafal.
Baca juga: 10 Jenis Font Terbaik Untuk Resume Anda ‘Laku Keras’, Kemas & Cantik Dipandang!
DOA NABI MUSA DIJADIKAN DOA INTERVIEW KERJA
Nabi Musa pernah berdoa agar dikurniakan kelapangan dada, dipermudahkan urusan dan diberikan kefasihan bertutur. Perkara ini direkodkan dalam surah Taha ayat 25-28.
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
“Robbi Ishroli Shodri Wa Yassirli Amri, Wa Ahlu Uqdatan Min Lisani Yafqahu Qauli“
Ertinya:
“Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku.”
Apa yang anda boleh lakukan adalah, doa ini bukan sahaja dibaca ketika sebelum memulakan sesi temu duga, malah boleh dibaca di dalam hati sejak berada di rumah dan di sepanjang perjalanan ke tempat yang ditujui. Alah amat penting untuk didik diri berdoa menggunakan lafaz yang diungkapkan sendiri oleh para Nabi.
@abangmirul_ Doa interview #abangmirul #tazkirahringkas ♬ original sound – Abang Mirul
*Semoga apa yang dihajati dan rezeki mendapat kerja buat pertama kali atau kerja baharu dipermudahkan. Aamin…
Baca juga: 7 Pekerjaan Gaji Paling ‘Masyuk’ Dan ‘Laku Keras’ Di Malaysia, Kalau Layak Boleh Cuba…
Sumber: Freepik (foto), X @MyHadithTime, Tiktok @abangmirul