Asuh

Awas Jika Anak Menulis Nombor & Huruf Secara Terbalik, Kena Check!

43
SHARES

Pernah tak nampak anak-anak selalu tulis terbalik? Selalu fikir mesti normal kan anak-anak yang keliru dengan huruf seperti B ditukar dengan D.

Perkara ini perlu diberi perhatian serius jika masih berlarutan sehingga umur enam tahun keatas. Terdapat beberapa cara boleh ibu bapa lakukan bersama anak untuk mengurangkan masalah tulis nombor atau huruf secara terbalik.

Baca juga: 5 Petua Untuk Pasangan Dapatkan Baby Girl, Boleh Cuba!

Baca juga: Masalah Anak Rendah, Penyakit Kurang Nutrisi Atau Genetik?

AWASI ANAK-ANAK JIKA TULIS NOMBOR & HURUF TERBALIK

Nak pesan ni:

Kalau kanak-kanak bawah usia 6 tahun dari hari jadinya, setakat terbalik huruf dan nombor begini tak ada masalah apa pun. Tapi kalau di usia ini, masih terbalik pakai kasut, pakai baju, pakai seluar then kena berjaga jagalah tengok keupayaan kiri & kanan badannya.

Manakala,  kalau kanak-kanak di usia 6 tahun selepas hari jadinya dan ke atas jika masih berlanjutan terbalik terbalik ni semua diikuti dengan masih pakai kasut, baju, seluar semua terbalik. kiri dan kanan badan masih confuse lagi. Huruf dan nombor pun asyik lupaaaaa sajaaa.. Boleh la bawa check untuk tengok ada isu pembelajaran tertentu atau tidak.

GALAKKAN ANAK-ANAK BUAT EXERCISE

Kalau tak ada yang berkaitan sangat dengan arah kiri kanan depan belakang maka, banyakkanlah buat exercise.

Exercise paling afdhal untuk buat dengan anak-anak bagi mengatasi isu terbalik kiri dan kanan serta atas dan bawah ni adalah:

  • Merangkak
  • Ketuk ketampi (buat sebagai exercise, bukan denda!)
  • Brain gym (boleh tengok dekat youtube)
  • Zumba

Dah alang-alang anak tengok lagu-lagu yang ada ada pergerakan,suruh la ikut buat sama. Pendek kata exercise lah yang sesuai! Selalulah kena bergerak banyak badan tu. 

Kalau rasa takut nak bawak anak keluar rajin-rajinkanlah berzumba di rumah ye. Exercise dan bergerak ni tak banyak pakai modal pun. Duduk rumah sahaja pun boleh buat.

Sumber: Facebook Liyana Raya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×