Famili

5 Petua Untuk Pasangan Dapatkan Baby Girl, Boleh Cuba!

19
SHARES

“Dah ada tiga orang hero ni, harap-harap dapatlah baby girl lepas ini…”

Setiap pasangan suami isteri jika sudah dikurniakan bayi lelaki pasti keinginan untuk memiliki bayi perempuan membuak-buak. Pelbagai cara dan tips dicari untuk diamalkan agar dikurniakan baby girl pula.

Terdapat pelbagai cara boleh dicuba bagi mendapatkan bayi perempuan namun yang menentukan jantina bayi tersebut adalah sperma.

Baca juga: Pakar Kongsi Cara Pilih Bentuk Berus Gigi Yang Tepat Untuk Anak Kecil

5 PETUA UNTUK PASANGAN DAPATKAN BABY GIRL, BOLEH CUBA

baby girl

Berikut antara 5 cara yang boleh dicuba:

1. KAEDAH SHETTLES

Sejak tahun 1960-an kaedah ini telah digunakan untuk pemilihan jantina bayi. Ia dikatakan berjaya mencapai kadar kejayaan sehingga 75% bagi pasangan berkahwin yang mengidamkan bayi perempuan.

Perkara penting yang perlu diberikan perhatian berkaitan kaedah ini adalah:

  • Melakukan hubungan seks antara 2 hingga 4 hari sebelum ovulasi jika mahu hamil anak perempuan
  • Elakkan hubungan seksual apabila terdapat lendir faraj warna putih telur. Itu adalah petanda sedang mengalami ovulasi
  • Digalakkan untuk bersama pasangan pada hari-hari awal kitaran haid dan mengelakkannya beberapa hari sebelum dan selepas ovulasi
  • Sebagai tips dapat anak perempuan melalui kaedah Shettles ini, seorang wanita harus sedaya upaya mengelakkan daripada mengalami klimaks sehingga pasangan anda selesai ejakulasi. Ia bagi mengelakkan persekitaran menjadi lebih beralkali

2. RAWATAN TEKNOLOGI TINGGI

baby girl

  • Persenyawaan in-vitro (IVF) dengan ujian genetik pra implantasi (preimplantation genetic testing, PGT). Embrio yang dihasilkan melalui IVF akan diuji secara genetik. Walaupun ia biasanya dilakukan untuk memeriksa kelainan kromosom tetapi juga dapat memberikan maklumat mengenai jantinanya
  • Pemilihan sperma. Ia kurang invasif berbanding IVF dengan PGT

Walau bagaimanapun, kedua-dua rawatan berteknologi tinggi memerlukan perbelanjaan yang agak besar.

3. POSISI SEKS

Ia meliputi jarak antara seviks dan sel sperma semasa ejakulasi berlaku.

Secara dasarnya:

  • Bagi mendapatkan bayi lelaki, penetrasi yang lebih dalam semasa seks dianggap sebagai kunci utama
  • Untuk hamil anak perempuan pula, penetrasi yang tidak terlalu dalam adalah optimum. Posisi missionary atau face-to-face adalah pilihan terbaik kerana ia menghadkan kedalaman penetrasi

Sel sperma lelaki yang kecil akan berenang dengan cepat tetapi hanya untuk tempoh pendek sebelum penat.

4. JAGA PEMAKANAN

baby girl

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran mampu meningkatkan peluang anda untuk mendapat anak perempuan. Ada yang mempercayai diet vegetarian dapat membantu anda hamil anak perempuan, terutamanya jika mengambil bayam, kekacang dan brokoli. Anda juga disarankan untuk memilih makanan tinggi kalsium dan magnesium.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Diet rendah garam dikatakan dapat meningkatkan peluang untuk memiliki bayi perempuan. Kajian mendapati natrium dan kalium lebih menyukai sel sperma lelaki.

Antara makanan yang harus dielakkan ialah:

  • Daging masin
  • Zaitun
  • Keju biru
  • Makanan yang diproses

Tidak salah untuk mencuba. Apa yang penting jangan putus asa dan sentiasa percaya dengan rezeki yang telah ditetapkan. Selamat mencuba!

Sumber: Hello Doktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×