Famili

Masalah Anak Rendah, Penyakit Kurang Nutrisi Atau Genetik?

28
SHARES
masalah anak rendah

Setiap kanak-kanak membesar pada kadar ketingiaan yang berbeza. Ada yang lebih tinggi manakala ada juga lebih pendek dan semua itu adalah perkara biasa. Namun, adakah ibu bapa sedar bahawa anak yang terlalu pendek mungkin petanda masalah kesihatan yang nyata?

Menerusi laporan Harian Metro, Pakar Perunding Kanan Endokrinologi Pediatrik, Jabatan Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), Profesor Dr Muhammad Yazid Jalaludin berkata, keturunan iaitu ibu bapa yang pendek adalah salah satu punca anak mereka pendek (faktor genetik).

Walau bagaimanapun, jika segelintir kanak-kanak tidak membesar secepat dan setinggi kanak-kanak lain sebaya mereka, kemungkinan tumbesaran mereka terbantut disebabkan beberapa masalah lain.

Baca juga: 10 Tanda Anak Selesa Dengan Kita, ‘Parents’ Kena Tahu!

MASALAH ANAK RENDAH, PENYAKIT KURANG NUTRISI ATAU GENETIK?

Masalah Anak Rendah

Menurut Dr Muhammad Yazid, tumbesaran terbantut sering disalah anggap sebagai pendek secara semula jadi sedangkan ianya kerana kekurangan nutrisi atau masalah perubatan boleh menjejaskan tumbesaran dan perkembangan anak.

“Masalah tumbesaran terbantut dialami ramai kanak-kanak yang berumur di bawah lima tahun di Malaysia. Pada kadar 21.8 peratus, seorang daripada lima kanak-kanak di bawah umur lima tahun di negara ini mengalami tumbesaran terbantut.

“Kadar itu adalah tiga kali lebih tinggi daripada paras tujuh peratus yang dicatatkan di negara-negara berpendapatan sederhana tinggi,” jelasnya.

Kebanyakan ibu bapa tidak sedar bahawa ketinggian kanak-kanak adalah berkaitan dengan pemakanan, kesihatan dan tumbesaran keseluruhan.

Masalah Anak Rendah

Ibu bapa mungkin sekadar menganggap anak mereka pendek kerana faktor keturunan, genetik atau mengandaikan anaknya akan mencapai ketinggian setanding dengan rakan sebaya ketika usia remaja.

“Sebaliknya, tumbesaran terbantut mungkin menandakan masalah perubatan asas yang boleh membawa kesan besar terhadap kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan dalam hidup kanak-kanak.

“Malah seorang daripada lima kanak-kanak yang pendek mengalami keadaan terbabit kerana faktor perubatan,” katanya.

Kanak-kanak yang tidak membesar pada kadar normal bagi umur mereka mungkin mengalami kekurangan hormon tumbesaran (GHD).

“GHD ialah sebahagian daripada keadaan genetik dalam kalangan sesetengah kanak-kanak tetapi dalam kebanyakan kes, punca kekurangan hormon terbabit adalah tidak diketahui (GHD Idiopatik),” ujarnya.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×