Famili

10 Tanda Anak Selesa Dengan Kita, ‘Parents’ Kena Tahu!

60
SHARES
tanda anak selesa

Setiap anak mempunyai personaliti yang berbeza dan sebagai ibu bapa kita harus tahu tanda yang ditunjukkan oleh anak-anak jika mereka selesa dengan kita. Kadang kala si kakak lebih manja dengan ayah manakala abang pula manja dengan ibu. Justeru itu, terdapat beberapa tanda anak-anak selesa dengan kita yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Mohd Fhais Salim.

Baca juga: “Latihlah Diri Jadi Ibu Bapa Yang Mudah Terhibur Dengan Anak….”

10 TANDA ANAK SELESA DENGAN KITA, PARENTS KENA TAHU!

10 tanda anak selesa

1. DIA SUKA BERKEPIT

Pantang nampak, mesti berlari datang nak berkepit. Nampak macam manja, sebenarnya dia rasa selesa dan senang bila bersama kita.

2. TAK BOLEH RENGGANG

Tak boleh hilang kejap, memang menjerit dia cari kita. Kadang kita salah anggap kata itu penakut tapi bukan begitu. Ini tandanya kita & anak ada bonding yang sangat kuat.

3. SUKA TUNJUK KEPANDAIAN

Sebenarnya dia suka bila kita puji dia, makin kita puji makin dia rasa pandai. Makin cepat otak dia membesar.

4. SELALU MINTA TOLONG

Kadang dia dah pandai pun, tetap ngada nak minta tolong kita. Layankan, orang tengah sayang memang suka buat buat tak pandai.

5. SUKA DIPELUK
Bila kita peluk tu tersipu sipu muka dia. Makin suka makin gedik! Anak akan rasa tenang dan tenteram hatinya jika kita peluk dia selalu.

tanda anak selesa

6. JADI TEMPAT MENGADU

Bila dia rasa tak enak, sakit atau sedih kita la tempat dia mengadu. Kita ada calm effect pada anak kita.

7. JADI LEBIH BERANI

Orang lain bagi kata semangat tak jadi tapi bila kita beri kata-kata semangat, terus dia jadi berani.

8. BERUBAH-UBAH PERANGAI

Depan orang lain dia baik, bila kita ada je dia berubah jadi mengada ngada. Ada juga yang terbalik, depan kita baik belakang kita nauzubillah.

tanda anak selesa

9. SUKA IKUT KEMANA SAHAJA

Nak keluar buang sampah pun dia nak ngekor, tak dapat ikut melalak. Huh!

10. MUDAH MENGIKUT

Cara cakap, cara makan, cara tidur sampaikan ke cara korek hidung dia ikut cara kita. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, kan!

Andai ada semua tanda ni jangan kita mengeluh atau rasa rimas ya, ketahui la bahawa itu tanda keramat yang anak rasa senang & selesa dengan kita.

Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×