Famili

Awas Dalam Pertuturan, Ibubapa Perlu Berlajar Sayangi & Menjaga Hati Anak Secara Adil

51
SHARES

“Asyik anak perempuan je, kau ni tak nak pulak ke bersalin anak lelaki?”

Amboi boleh tahan soalan yang diajukan oleh orang ramai ini. Kadang-kadang sampai malas nak melayan tetapi nanti dianggap sombong pula. Kadang-kadang tu sampai tak sedar apakah perasaan anak-anak mereka yang sedia ada apabila mendengar pertanyaan soalan sebegitu. Anda kena tahu bahawa anak-anak kecil ini juga ada perasaan tau.

Jangan sangka anak kecil tak ada perasaan

Masa saya kecil, walaupun hanya berumur 2-3 tahun, saya ingat lagi selalu rasa terluka hati kecil saya, bila ramai yang menegur ibubapa saya begini,

“Anak nombor tiga pun girl jugak kaaa, kena lah cuba lagi untuk dapat anak boy.”

Apa salah saya dilahirkan perempuan? Mereka tidak tahu perasaan anak kecil pun boleh terguris dan boleh terluka. Bila saya berumur empat tahun, mak saya melahirkan adik saya, seorang lelaki. Bila adik saya dilahirkan, saya ingat lagi orang menegur,

“Finally number four is a boy. Tahniah dapat juga anak lelaki. Fourth time lucky.”

Masa itu, umur saya 4 tahun. Saya ingat lagi fikiran saya masa itu, adakah kelahiran saya tidak diterima bila mereka berkata-kata sedemikian? Apakah kelemahan saya? Tidak kah mereka tahu perkataan mereka sangat tajam. Saya ingat lagi, baru umur 4 tahun, saya sudah menangis keseorangan diri, kerana mereka seolah-olah menyatakan saya bukan anak bertuah kerana saya perempuan. Seolah-olah dijadikan lelaki lebih baik daripada dijadikan perempuan.

KALAU LELAKI BOLEH BUAT, SAYA PUN BOLEH BUAT

Bila saya membesar, saya bertekad, apa-apa pun lelaki boleh buat, sama ada di bidang pelajaran sekolah mahupun di bidang sukan, saya pun boleh buat lebih baik daripada mereka. Bila saya kata saya nak jadi doktor, ada pakcik-pakcik yang menasihatkan bapa saya, perempuan tak payah lah jadi doktor.

www.istockphoto.com

Tapi Bapak saya, berikan galakan sepenuhnya kepada saya mengejar cita-cita saya. Bapak kata, “A father has no right to stop his daughter from education”, iaitu Bapak saya kata, ilmu pengetahuan itu hak saya, dan seorang Bapa tiada hak untuk menyekat anak perempuannya menimba ilmu pengetahuan.

Selepas 24 tahun di negara UK, saya pulang ke Malaysia dengan suami dan anak-anak saya dan tinggal di rumah Bapak. Setiap hari saya masak untuk Mak & Bapak sebab mereka sudah tua. Saya tak bagi bapak memandu kereta lagi, nak pergi mana-mana saya bawakkan. Buat pertama sekali, bila saya berumur 45 tahun, sebelum bapak saya dapat strok, bapak saya menyatakan kepada kawan-kawannya “I am lucky to have 3 daughters.” Bapak kata, bapak beruntung ada tiga anak perempuan. Bapak kata,

“At the end of the day, it’s the daughters who will look after you when you are old.”

Thank you Bapak. You made my day, when you said this. I waited 45 years to hear this, Bapak.

*Bila berkata-kata, awas lah perasaan anak-anak kecil yang mendengar. Jangan sangka mereka tidak faham. Sayangilah anak-anak kita sama rata dan berlaku adil lah tidak kira anak lelaki atau anak perempuan.

Sumber : Imelda Balchin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×