Famili

Antara Khasiat Biskut Kelapa Roma Bagus Diamalkan Seisi Keluarga, Lee Minho Pun Suka!

54
SHARES

Tidak kira anda seorang ibu bekerjaya atau suri rumah, anda pasti sibuk menguruskan rumah dan keperluan keluarga. Setiap hari kena kemas rumah, cuci pakaian, memasak dan sebagainya tanpa rasa jemu. Kagum dengan ibu semua!

Sibuk-sibuk juga, sekali-sekala para ibu pasti mahu relaks bukan? Dapat berehat seketika pun jadilah. Lebih-lebih lagi tonton movie bersama keluarga sambil makan snek, barulah hubungan jadi bertambah erat.

Jika anda mencari snek terbaik untuk dinikmati bersama keluarga setiap hari, kami cadangkan ini untuk anda!

Biskut Kelapa Roma, snek lazat dan berkhasiat buat seisi keluarga

Kredit: IG @roma.biskuitkelapa

Ramai orang suka makan makanan ringan seperti kerepek dan kekacang kerana ia boleh memuaskan rasa lapar dengan cepat. Namun, sebenarnya selain daripada kerepek dan kekacang, biskut juga sering dijadikan snek.

Terdapat pelbagai jenis biskut yang boleh anda temui di pasaran. Salah satunya ialah Biskut Kelapa Roma yang telah menjadi salah satu snek kegemaran ramai. Tidak kira golongan kanak-kanak mahupun dewasa, semua sukakannya.

Biskut kesukaan Lee Minho, istimewa buat para ibu!

Siapa yang tidak kenal dengan Lee Minho, seorang pelakon dan penyanyi dari Korea Selatan. Bagi penggemar K-Drama, nama Lee Minho pasti tidak asing lagi atau anda juga peminat pelakon kacak ini?

Tahukah anda? Biskut Kelapa Roma merupakan biskut kesukaan Lee Minho yang istimewa buat menghargai para ibu yang hebat. Bersama tagline “Biskut No 1*, Untuk Ibu No 1”, biskut ini bakal jadi kesukaan ramai ibu di luar sana!

*PT Mayora Indah Tbk claim based on NielsenIQ Retail Measurement Service data MAT April 2022 for biscuit category in Indonesia. (Copyright (C) 2022, NielsenIQ) 

Lazat dan rangup, makan sekali mesti repeat!

Kredit: IG @roma.biskuitkelapa

Buat pengetahuan anda, Biskut Kelapa Roma adalah biskut keluaran Mayora yang bukan saja harganya mampu milik, malah isinya juga banyak. Rasanya yang lazat dan teksturnya yang rangup menjadikannya popular di seluruh dunia.

Anda boleh makan Biskut Kelapa Roma ini dengan pelbagai cara kreatif seperti makan bersama smoothie, jadikan puding biskut dan sebagainya. Memang seronok dan puas makan biskut ini bersama keluarga tersayang.

Diperbuat daripada kelapa asli yang segar

Kredit: IG @roma.biskuitkelapa

Biskut Kelapa Roma adalah biskut yang diperbuat daripada bahan mentah berupa kelapa asli terpilih yang segar.

Salah satu tarikan utama Biskut Kelapa Roma adalah kaya dengan rasa kelapa. Kelapa parut yang baru digunakan memberikan biskut ini suatu rasa asli dan aroma yang menggoda.

Bertambah lazat jika celupkan dalam minuman!

Kredit: IG @roma.biskuitkelapa

Nak tahu satu lagi perkara menarik tentang Biskut Kelapa Roma? Biskut ini lebih sedap kalau celupkannya dalam minuman seperti teh, kopi atau susu. Inilah cara terbaik untuk menikmatinya. Jika tidak percaya, cubalah sendiri!

Jika sedang berkumpul bersama rakan atau keluarga, hidangkan saja Biskut Kelapa Roma. Ia sesuai dinikmati pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada. Sarapan dan minum petang dengan biskut ini pun syok!

Kredit: IG @roma.biskuitkelapa

Anda boleh simpan dan bawa Biskut Kelapa Roma apabila melancong atau melakukan aktiviti luar. Senang cerita, ia adalah pilihan yang sempurna untuk mengeratkan hubungan dengan keluarga. Masa untuk family time!

Bagaimana untuk dapatkan Biskut Kelapa Roma ini? Anda boleh dapatkannya secara dalam talian di Mayora Official Store di Lazada. Klik SINI ya. Selamat menikmatinya!

#RomaKelapa
#LeeMinho
#BiskutNo1UntukIbuNo1
#RomaKelapaXLeeMinho

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×