Sihat

Anemia Kekurangan Zat Besi Mampu Mempengaruhi Tumbesaran Si Manja

968
SHARES

Menurut laporan World Health Organization (WHO), anemia ialah masalah kesihatan umum yang perlu ditangani dengan segera kerana data statistik menunjukkan hampir setengah atau sekitar 43% kanak-kanak di bawah 5 tahun di seluruh dunia¹ mengalami masalah ini.

Melalui satu kajian yang dijalankan oleh Danone dengan kerjasama Pusat Penyiasatan Klinikal, Pusat Perubatan Universiti Malaya, 1 daripada 3 kanak-kanak di negara ini berisiko untuk menghidapi anemia kekurangan zat besi (IDA) terutamanya Si Manja yang berusia bawah 3 tahun.

(Dari kiri) Pengarah Hal Ehwal Perubatan & Akses Pasaran di Danone Angie Low bersama Perunding Kanan Endokrinologi Pediatrik dan Timbalan Dekan Fakulti Perubatan di Universiti Malaya Muhammad Yazid Jalaludin, Perunding Pakar Perubatan Keluarga dan Ketua Klinik, Alor Setar Dr. Sri Wahyu Taher serta Dr. Hamid Jan Bin Jan Mohamed dari Fakulti Kesihatan dan Sains USM ketika sesi panel membincangkan masalah IDA.

Menurut Profesor Dr Muhammad Yazid Jalaludin selaku Ketua Penyelidik kajian berkata, “Kekurangan zat makanan merupakan penyumbang besar kepada IDA atau Anemia Kekurangan Zat Besi, yang boleh menyebabkan komplikasi tumbesaran yang tidak dapat dibalikkan dalam kalangan kanak-kanak Malaysia. Implikasinya melangkaui pertumbuhan fizikal, ia turut menjejaskan perkembangan kognitif dan fungsi imun.

Secara amnya terdapat beberapa jenis anemia namun anemia Kekurangan Zat Besi atau IDA adalah paling tinggi dan sering terjadi dalam kalangan kanak-kanak di kawasan bandar dan luar bandar.

Tanda-tanda IDA dan kesannya kepada tumbesaran

Mungkin tak ramai ibu bapa yang perasan akan tanda-tanda IDA pada anak-anak mereka berikutan simptomnya yang tidak begitu ketara.

Namun, antara tanda awal yang perlu dipandang serius ibu bapa adalah apabila anak-anak susah untuk fokus dalam melakukan aktiviti harian.

Kanak-kanak yang mengalami masalah ini lazimnya juga cepat letih, kurang selera makan dan sering pening kepala.

Lebih serius lagi, IDA turut mempengaruhi imuniti badan sekiranya imuniti semakin rendah maka Si Manja anda akan terdedah kepada risiko penyakit berbahaya terutamanya penyakit berjangkit.

Malah, tumbesaran dan perkembangan kognitif anak-anak berkemungkinan akan turut terjejas sekiranya IDA tidak dirawat dengan segera.

Namun, ibu bapa tidak perlu khuatir kerana IDA boleh dicegah dengan diet yang sihat. Anda hanya perlu pastikan Si Manja mengambil hidangan berasaskan daging seperti daging merah, ayam dan ikan. Jangan lupa juga untuk berikan anak-anak anda susu yang kaya dengan zat besi.

Masih risau akan bahaya IDA? Jom ikuti ujian saringan secara percuma

Kredit foto: Dugro

Masih kurang pasti jika Si Manja anda dapat nutrien secukupnya dan terhindar daripada IDA? Jangan risau, jom dapatkan bantuan pakar untuk lakukan saringan IDA secara percuma di 40 lokasi roadshow di seluruh Malaysia yang dianjurkan oleh Dumex Dugro sempena jelajah Generasi Kuat Zat Besi Dugro (klik SINI untuk senarai penuh lokasi). 

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada kempen Danone One Planet One Health bagi meningkatkan tahap kesihatan awam terutamanya dalam menangani Anemia Kekurangan Zat Besi (IDA) . 

Ibu bapa tak usah khuatir kerana saringan ini tidak akan menggunakan jarum langsung, sebaliknya dilakukan dengan alat pemeriksaan bukan invasif. Kaedah ini merupakan cara yang berkesan untuk mengenal pasti kanak-kanak yang berisiko menghidapi IDA. 

Jadi kalau anda berminat nak tahu dengan lebih mendalam tentang IDA jangan lupa untuk singgah ke roadshow Dugro berhampiran anda nanti! 

Nak kuatkan PERKEMBANGAN 360 Si Manja agar JADI LEBIH LAGI? Cuba Dugro NextGen NUTRI yang diformulasi dengan Zat Besi Aktif! 

Dalam memastikan anak-anak menerima nutrisi harian yang secukupnya, kami sarankan pengambilan susu Dugro NextGen NUTRI dengan Zat Besi Aktif yang diformulasi dengan gabungan Zat Besi dan Vitamin C  unik mengikut saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang boleh menyokong dua kali ganda penyerapan nutrien.

Pengambilan zat besi serta nutrien-nutrien penting seperti DHA, vitamin dan mineral membantu tumbesaran serta PERKEMBANGAN 360 si manja. 

Visi utama Danone adalah untuk melahirkan generasi kuat zat besi sekaligus membina masa depan negara yang lebih sihat.

Kredit foto: Dugro

Tiga gelas susu Dugro dengan Zat Besi Aktif sehari boleh memastikan tubuh Si Manja dapat menerima 100% keperluan Zat Besi harian bersama nutrien penting lain seperti DHA, Kalsium dan 21 Vitamin dan Mineral.

Kredit foto: Dugro

Dugro NextGen NUTRI dengan Zat Besi Aktif boleh didapati di rangkaian pasaraya berhampiran anda ataupun semasa roadshow Dugro nanti. Di sana, anda berpeluang untuk membawa pulang pelbagai hadiah percuma berserta  water tumbler untuk setiap pembelian RM50 ke atas di dalam satu resit. 

Water Tumbler ekslusif ini juga boleh dibeli di ke semua rangkaian supermarket, kedai serbaneka dan juga secara atas talian.

Untuk info lebih lanjut tentang Generasi Kuat Zat Besi Dugro dan inisiatif-inisiatif lain, anda boleh layari laman web rasmi Dugro di SINI.

Jumpa anda di Roadshow Dugro nanti!

¹ World Health Organization (WHO) The Global Prevalence of Anemia in 2011. WHO; Geneva, Switzerland: 2015. [] [Ref list]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×