0-6 Bulan

Anak Usia 6 Bulan Ke Bawah Selalu Sembelit? Pakar Kongsi Punca & Rawatan Yang Betul

15
SHARES

Masalah sembelit sering kali berlaku terhadap bayi kecil yang berusia bawah enam bulan. Hal ini terjadi kerana mengalami pergerakan usus beberapa kali setiap hari.  Sekiranya najis si kecil anda tampak seperti pelet kering yang keras dan tidak meresap ke dalam lampin itu mungkin disebabkan masalah sembelit.

Pelbagai faktor berlakunya masalah sembelit ini namun selalunya sebab atau punca yang jelas tidak akan diketahui dengan jelas. Jika tekstur najis anak anda lembut atau cair dan tiada pergerakan usus untuk satu atau dua hari, ia bermakna tiada masalah sembelit bayi yang berlaku.

Baca juga: Pakar Kongsi Cara Tepat Kawal Anak Terlampau Lasak, Tak Pening Kepala Dah!

NORMAL KE NAJIS ANAK SAYA? INI JAWAPANNYA

Ada kalanya si anak akan meneran ketika berak namun itu tidak bermakna mereka mengalami masalah sembelit. Walau bagaimanapun, jika ketika proses meneran itu disertai dengan tangisan, wajah kemerahan, dan merengkek, itu barulah petanda sembelit.

JENIS-JENIS SUSU YANG DITERIMA

Selain itu, jenis susu yang diberikan oleh ibu juga mempengaruhi masalah sembelit terjadi. Si kecil yang menerima susu badan ibu jarang mengalami masalah sembelit. Hal ini kerana, susu ibu mengandungi julap semula jadi.

Manakala, bayi yang diberikan susu formula pula biasanya akan berak berak dengan najis yang banyak. Walau bagaimanapun, susu formula haruslah dibancuh dengan betul untuk mengelakkan masalah sembelit berlaku.

Elakkan:

  • Mencampur adukkan jenis susu
  • Membuat bancuhan susu tidak mengikut arahan bungkusan
  • Menambah makanan pejal seperti biskut atau nasi

RAWATAN UNTUK ATASI MASALAH SUKAR BERAK UNTUK BABY

Jika bayi anda berusia bawah enam bulan dan mengalami masalah sukar membuang air besar, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut. Antaranya ialah:

  • Berikan mandian air suam kepada bayi
  • Lakukan urutan perlahan pada perut bayi mengikut arah jam. Beri sedikit tekanan pada perut dan lakukan gerakan bulatan dari pusat ke luar
  • Baringkan bayi dan gerakkan kaki mereka seperti sedang mengayuh
  • Jangan berikan ubat julap sekiranya tidak mendapat arahan daripada doktor
  • Berikan susu yang mencukupi. Bayi di bawah usia enam bulan harus mendapatkan 700ml setiap hari.
  • Berikan 50 hingga 120ml jus buah prun, pir, ceri atau epal

Sumber: Hello Doktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×