Orang dulu cakap nak didik anak perempuan ini bukannya senang, malah lebih senang jaga lembu sekandang. Anda perlu ingat bahawa anak lelaki juga perlu dididik dengan sebaiknya. Membesar menjadi anak lelaki yang soleh, baik dan budiman adalah antara kriteria yang diidami oleh ibubapa. Jadi, ini adalah 5 perkara yang anda perlu ajar kepada anak lelaki supaya sentiasa gentleman dan tidak buat benda ini kepada perempuan.
Mak Ayah Wajib Ajar Anak Lelaki Supaya Jangan Buat 5 Benda Ni Pada Orang Perempuan
1. Jangan sentuh sembarangan
– Ajar anak lelaki kita jangan sentuh perempuan yang bukan mahramnya.
– Selama ni kita asyik ajar anak perempuan je supaya jerit dan lari jauh jauh kalau ada orang lain nak sentuh bibir, dada, fajar, punggung dan dubur tapi pernah tak kita ajar anak lelaki supaya jangan sentuh 4 titik tubuh ni terutamanya tubuh kawan perempuan dan sepupu sepupunya?
2. Jangan Tabur Janji Sembarangan
-Ajar kita supaya jangan berbohong dan tabur janji manis pada orang lain terutamanya perempuan
-Kelebihan anak lelaki ni mulutnya sangat manis dan dia pandai memanipulasi emosi perempuan dengan suaranya dan percakapannya
-Tu la kenapa kalau hukum anak tu kena berpada pada. Berbohong adalah salah satu mekanisma pertahanan diri. Anak mesti akan berbohong kalau nak lepaskan diri daripada hukuman yang keterlaluan. Dari situlah banyak lahirnya sifat terbiasa berbohong pada diri anak kita
3. Jangan Tengok Sembarangan
-Anak lelaki ni tinggi hormon Testosterone-nya. Tu lah kenapa anak lelaki lebih cepat teransang kalau melihat benda-benda yang terbuka auratnya walau sekecil kecil benda
– Ajar anak kita tunduk pandangan dan tutup mata kalau ada iklan tak senonoh muncul masa tengah main game atau masa tengah tengok TV
– Anak perempuan ni lemah telinganya kalau dipujuk rayu dan digoda tetapi anak lelaki ni kelemahan terbesar mereka adalah pada matanya!
4. Jangan Berkasar Pada Perempuan
– Fizikal anak lelaki memang dicipta lebih kuat dan lebih tangkas daripada anak perempuan
– Anak lelaki mempunyai otot yang lebih padat disebabkan oleh ‘testosterone-induced muscular hypertrophy’. Tulang,tendon dan ligament anak lelaki pun lebih kuat.
– Kita kena bagitahu anak lelaki yang mereka ni sebenarnya dilahirkan untuk melindungi, bukannya menindas adik beradik perempuannya
5. Jangan bebankan kerja rumah pada adik beradik perempuan
– Bab kerja rumah sama je lelaki ke perempuan. Tak ada istilah lelaki itu raja, perempuan itu hamba
– Kita juga kena ajar lelaki untuk menjadi pemimpin rumahtangga dan sama-sama membantu orang di bawah jagaannya
– Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang memahami dan empati dengan keperitan pasangan
– Kita taknak anak kita jadi BOS RUMAHTANGGA, kita nak anak kita jadi PEMIMPIN YANG DICINTAI SELURUH AHLI KELUARGANYA
p/s : Benda ni sangat penting tapi saya rasa masih ramai mak ayah di luar sana yang belum tahu tentang benda ni. Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu ye.
Sumber : Taufiq Razif