Famili

Lebih Huru-Hara! Filem Terbaharu ‘Adnan Sempit Generasi Gig’ Temui Anda 27 Disember Ini

86
SHARES
adnan sempit

Yang ditunggu-tunggu sudah tiba! Lebih gila-gila, lebih gempak dan lebih aksi! Pastikan tarikh 27 Disember 2023 anda dikosongkan kerana filem terbaharu Tonton, ‘Adnan Sempit: Generasi Gig’ akan menemui anda secara eksklusif di platform Tonton. Jom kita tonton bersama keluarga!

Baca juga: #ProjekMimpi: Ulang Alik Jalan Kaki Hantar Anak Sekolah, Ibu Ini Teringin Nak Ada Motosikal Sendiri

ADNAN SEMPIT SENTUHAN GENERAI Z

adnan sempit

‘Adnan Sempit: Generasi Gig’, merupakan karya penerbit filem termasyhur Malaysia, David Teo yang bakal memukau penonton dengan sentuhan Generasi Z. Berbeza dengan filem ‘Adnan Sempit’ yang lain, filem kali ini memaparkan sudut yang lebih sesuai dengan jiwa remaja-remaja zaman kini.

“Bukan mat rempit seperti biasa”, karya ini bukan sahaja bakal mencuit hati anda malah mempunyai mesej tersendiri yang ingin disampaikan kepada penonton-penonton di luar sana. Para penonton bakal mengikuti kisah hidup Adnan, seorang ‘runner’ yang perlu bertahan dengan mencuba berbagai-bagai kerja sampingan demi minatnya dalam bidang permotoran. Dalam usahanya itu, bos baharu Adnan iaitu Nadia juga telah jatuh hati dengannya. Dengan pelbagai cabaran yang datang, bagaimanakah Adnan dapat menempuhnya?

Khas kepada para peminat Aiman Tino, beliau kembali menceriakan pentas hiburan dengan lakonannya sebagai watak utama, Adnan. Filem ini juga mempertaruhkan gandingan mantap barisan pelakon lain seperti Mamak Puteh, Pekin Ibrahim, Afifah Nasir dan ramai lagi. Filem ini antara lain bakal menampilkan wajah baharu ke layar perak seperti Erynn Abdullah dan Ady Mohammad.

Jangan lepaskan peluang ini! Langgan Tonton hari ini serendah RM 9.90 dan saksikan sendiri keunikan ‘Adnan Sempit: Generasi Gig’. Muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store, atau layari www.tonton.com.my untuk pengalaman hiburan terbaik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tonton MY (@tontonmy)

Ikuti perkembangan terkini Tonton di laman-laman media sosial menggunakan tanda pagar #Tonton dan #AdnanSempitGenerasiGig. Untuk mendapatkan info terkini tentang rancangan kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Tiktok, dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×