Famili

Selepas 5 Tahun Animasi BoBoiBoy Kembali Ceriakan Peminat Cilik, Terbaik!

25
SHARES
BOBOIBOY GALAXY SORI

Selepas tayangan akhir BoBoiBoy Galaksi pada tahun 2019, kini kembali dengan BoBoiBoy Galaxy SORI untuk memukau dan menceriakan hari-hari si cilik semasa cuti sekolah.

Bermula 13 Disember, setiap hari Rabu dan Khamis pada jam 6.30 petang TV9 mula menyajikan siri 6 episod BoBoiboy. Kepada pengemar komik kartun ini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan animasinya berkualiti tinggi kerana sudah tentunya akan memberikan pengalaman berbeza.

RANCANGAN KARTUN BOBOIBOY GALAXY SORI CERIAKAN PEMINAT CILIK

BOBOIBOY GALAXY SORI

Pengurus Besar, Pengurusan Program Dan Kandungan Penyiaran TV9, Puan Khairunnisa Kamarudin berkata pasti ramai penonton yang menanti-nantikan siri animasi ini.

“Tidak mustahil untuk setiap episode yang ditayangkan tidak kira di platform Youtube ataupun di saluran TV9, boleh mencecah lebih 500,000 jumlah tontonan,” jelasnya.

Pengembaraan baharu BoBoiBoy Sori ini mengisahkan tentang gabungan elemen antara BoBoiBoy Solar dan BoBoiBoy Duri. BoBoiBoy dan rakan-rakannya telah berpindah ke pangkalan TAPOPS (Tracker And Protector Of Power Spheres) bertujuan untuk mengekalkan keamanan galaksi di mana mereka perlu menghalang Sfera Kuasa jatuh ke tangan yang salah.

Demi menjayakan misi mereka, BoBoiBoy harus mempelajari kekuatan elemen tahap ketiga di Planet Rimbara yang merupakan bekas jajahan King Balakung, pemilik asal Kuasa Elemental Balak. BoBoiBoy dan rakan-rakannya perlu menghadapi banyak cabaran dan melawan beberapa penjahat.

Dapatkah BoBoiBoy membongkar rahsia King Balakung dan dapatkan Kuasa Elemental Balak? Berjayakah BoBoiBoy akan mempelajari Kuasa Elemen Tahap Ketiga?

Untuk dapatkan maklumat lanjut, ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & X di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial untuk maklumat yang terkini tentang program TV9.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×