Didik

Kenapa Anak Susah Nak Ikut Peraturan Dalam Rumah? Ini 3 Kesalahan Yang Ibu Bapa Selalu Buat

23
SHARES

Dah macam-macam peraturan buat dekat rumah, tapi anak-anak masih sukar nak turuti. Kadang-kadang ada yang sampai memberontak sebab tak mahu ikut peraturan yang kita tetapkan. Katanya, ibubapa sendiri pun tak ikut peraturan, jadi mereka pun tak payah ikut peraturan. Macam mana pula tu?

http://www.nydailynews.com/

“Ada peraturan atau tidak di rumah?”

Inilah soalan yang sering saya tanya apabila ada ibubapa yang meminta pandangan tentang anak yang sukar dikawal. Ada ibubapa yang mengangguk dan ada yang menggeleng apabila ditanya. Mungkin peraturan itu bunyinya keras dan menghukum, jadi ada ibubapa yang kurang selesa mengadakan peraturan.

www.propertyobserver.com.au

Ada yang takut peraturan akan mematikan semangat dan membunuh kreativiti dan sifat meneroka pada kanak-kanak. Tambahan lagi di sekolah sudah banyak peraturan, guru pula ramai yang garang, jadi ramai yang merasakan anak-anak perlu diberi kebebasan mutlak di rumah supaya mereka lebih ‘chill’ dan ‘relax’. Bagi yang tidak banyak masa untuk diluangkan dengan anak pula, mereka lebih suka gaya keibubapaan yang permisif tanpa peraturan kerana ingin mengelakkan konflik dengan anak.

Takut anak sentap.
Takut anak merajuk.
Takut anak berkecil hati.

http://www.scarymommy.com/

Jika ‘peraturan’ dikaitkan dengan hukuman, kemarahan, kritikan, dan konflik, maka peraturan itu akan dilihat sebagai sesuatu yang negatif. “Parenting is not to decide what to do when children step outside the boundary. Parenting is to guide children on how to live within the boundary.” Anak-anak memerlukan had dan batasan untuk memastikan mereka ‘safe and secure’ untuk terus meneroka dan mencapai potensi diri. Tanpa had dan batasan – peraturan – mereka akan membuang masa tercari-cari ruang yang selamat kerana persekitaran mereka tidak dapat dijangka (unpredictable). Perasaan ‘safe and secure’ ini penting untuk proses pembelajaran dan latihan untuk menghadapi kehidupan bermasyarakat.

BAGAIMANA MEMBINA PERATURAN DI RUMAH?

www.theodysseyonline.com

Faktor paling penting yang perlu ada untuk menggubal peraturan dalam rumah adalah kerjasama antara kedua ibubapa.
Langkah pertama untuk menggubal peraturan adalah kedua ibubapa duduk berbincang tentang aspek yang memerlukan peraturan di rumah. Seeloknya peraturan itu digubal sebelum sesuatu masalah timbul. Oleh itu ibubapa perlu peka akan perkembangan anak, persekitaran anak dan pengaruh dalam hidup anak.

Adakah perlu peraturan berkaitan penggunaaan teknologi?
Adakah perlu peraturan berkaitan waktu tidur?
Adakah perlu peraturan berkaitan kerja sekolah?
Adakah perlu peraturan berkaitan rutin seharian?
Adakah perlu peraturan berkaitan menonton tv?
Adakah perlu peraturan berkaitan waktu makan?

www.shutterstock.com

Setiap keluarga mempunyai masalah dan cabarannya yang tersendiri, oleh itu terserah kepada ibubapa untuk menentukan aspek dalam keluarga yang memerlukan peraturan. Nilai dalam setiap keluarga adalah berbeza-beza. Jika satu hari nanti anak bertanya “Kenapa di rumah kawan boleh, di rumah kita tidak boleh?”. Terangkan kepada anak kenapa ‘keluarga kita’ memerlukan peraturan tersebut. Terangkan tentang nilai keluarga kita.

Contohnya sebelum memberi keizinan untuk anak menggunakan internet, ibubapa perlu tetapkan:

-Bilakah penggunaan internet dibenarkan,
-Berapa lamakah ia boleh digunakan,
-Bagi tujuan apakah internet itu boleh digunakan.

www.edutopia.org

Jika anak mengikut peraturan untuk sesuatu jangkamasa apakah ganjaran yang akan diberikan – ganjaran tidak semestinya bersifat material. Jika melanggar peraturan, apakah akibat (consequence) terhadap yang melanggar peraturan? Semua ini perlu ditetapkan terlebih dahulu. Selepas berbincang, ibubapa perlu menyampaikan kepada anak apakah peraturan tersebut dan kenapakah ahli keluarga memerlukan peraturan tersebut.

Ada juga peraturan yang fleksibel mengikut tahap perkembangan atau usia anak. Contohnya anak yang bersekolah menengah boleh tidur lewat kerana banyak ulangkaji atau kerja sekolah yag perlu disiapkan. Anak pra sekolah tidak ada kerja sekolah (sepatutnyalah) maka perlu tidur awal supaya anak tidak membuang masa dengan gajet atau menonton TV sahaja.

“RUMAH SAYA ADA PERATURAN TETAPI ANAK TIDAK IKUT. KENAPA?”

1) Ibubapa tidak konsisten.

hbswk.hbs.edu

Peraturan hanyalah hangat-hangat tahi ayam sahaja. Anak tahu ibubapa tidak serius. Jika ibubapa tidak serius tentang nilai, anak-anak juga tidak peduli tentang nilai dan peraturan. Kita perlu konsisten sehinggalah amalan menjadi tabiat dan tabiat kemudiannya menjadi nilai yang dibawa sampai bila-bila.

2) Apabila anak ikut peraturan, tidak ada apa-apa respon daripada ibubapa.

http://www.activemomsnetwork.com/

Tiada pengakuan, tiada senyuman, tiada pujian, tiada ganjaran. Anak jadi malas dan bosan.

3) Apabila anak tidak ikut, tidak ada apa-apa respon daripada ibubapa.

http://mamablog.teach-through-love.com/

Tiada ‘consequence’, tiada implikasi kerana tidak ikut peraturan. Anak tidak hairan. Peraturan akhirnya hanyalah satu hiasan yang ‘nice to have’ sahaja. Apabila anak biasa hidup dalam nilai dan peraturan yang ditetapkan di rumah, anak juga akan mengamalkan nilai dan peraturan dalam masyarakat. Insya Allah.

Bukankah kita ingin melihat masyarakat yang lebih bertamadun? Mulakanlah dari rumah. Apakah aspek yang memerlukan peraturan di rumah anda?

Artikel ini adalah hasil perkongsian dari  Noor Afidah Abu Bakar Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK) di laman Facebooknya Parent Connect.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×