Asuh

Ini 3 Manfaat Guna Barut Untuk Bayi & Cara Pemakaian Yang Betul

22
SHARES
manfaat pakai barut bayi

Pernah tak kita pelik kenapa orang Melayu akan letak barut pada bayi? Kenapa bayi bangsa lain tak pernah letak barut pada bayi mereka? Adakah ini merupakan satu adat orang Melayu? Kenapa ya ibu-ibu disarankan untuk barut perut baby? Ada apa-apa kelebihan ke? Sampai bila agaknya perlu dipakaikan barut baby ini?

Banyak persoalan yang ada. Tapi apakah pula jawapannya? Tujuan pemakaiannya adalah sama, iaitu bagi menghindari bayi daripada mengalami ketidakselesaan perut seperti perut kembung atau berangin mahupun sakit perut, dengan hanya membalut kain atau mengikat kain pada bahagian pinggang dan perut si kecil.

Baca juga: Ini 5 Perubahan Fizikal Yang Berlaku Kepada Ibu Semasa Mengandung

MANFAAT MENGGUNAKAN BARUT KEPADA SI KECIL ANDA

Barut Bayi - Kepentingan, Cara Pilih dan Pemakaian Yang Betul.

Mesti akan ada yang bertanya, “Barut baby pakai sampai bila, ya?”

Kebiasaannya barut akan dipakaikan pada bayi yang berusia sehari – selepas dilahirkan – hingga mencecah usia 4 bulan, bergantung kepada kesesuaian serta keadaan bayi.

Kini terdapat banyak jenis barut yang boleh dijadikan pilihan. Ada yang jenis tradisional, jenis sarung mahupun jenis pelekat velcro sahaja.

Selalunya barut ini dihasilkan daripada kain kapas jenis flannel yang lembut dan tidak sensitif pada kulit bayi. Materialnya juga tidak terlalu tebal sehingga boleh menyebabkan bayi berasa tidak selesa kerana kepanasan.

Kegunaan utama barut adalah untuk memastikan perut bayi sentiasa hangat dan mampat (compressed).

Walaupun tampak seperti tidak menyelesakan, tetapi bagi si manja balutan barut itu memberikan ketenangan dan kehangatan.

Berikut kelebihan lain pemakaian barut yang patut anda ketahui:

1. Hindari masalah kembung perut

3 Sebab Perut Bayi Mudah Kembung, Jom Guna Teknik Urutan 'I Love You' Sebagai Rawatan

Seperti yang dinyatakan pada awal tadi, tujuan berbarut bayi adalah untuk mengelakkan ketidakselesaan perut. Ini kerana si kecil amat terdedah kepada masalah perut berangin.

2. Elakkan bayi menyusu secara berlebihan

Bayi terlalu banyak minum susu - Tanda bayi kebanyakan susu

Pemakaian barut boleh mengelakkan si kecil daripada menyusu secara berlebihan. Eh, baguslah kalau bayi menyusu lebih, cepat besar. Itu mungkin secara teorinya, ‘lebih banyak makan, lebih cepat besar’.

Tetapi hakikatnya jika bayi terlebih menyusu ia boleh menyebabkan tekanan pada perut mereka. Ini kerana sistem pencernaan si kecil masih belum mampu menampung jumlah nutrisi yang terlalu banyak.

3. Melindungi tali pusat bayi

Ramai Mak Ayah Yang Simpan Tali Pusat Anak Kan? Ustaz Azhar Idrus Jelaskan Hukumnya

Biasanya dalam tempoh 1-2 minggu selepas dilahirkan, tali pusat bayi akan tertanggal. Keadaan itu boleh menyebabkan bahagian pusat mereka menjadi lebih sensitif apabila terkena pakaian atau sebarang sentuhan.

Jadi dengan memakaikan barut baby, bahagian tersebut akan dapat dilindungi dan dijaga daripada sebarang kecederaan atau perkara yang tidak diingini.

CARA PEMAKAIAN BARUT BAYI DENGAN BETUL

Nak Pakaikan Anak Barut Boleh, Tapi Jangan Buat 4 Perkara Ini. Silap Hari Bulan Bakteria Membiak Dan Buat Tali Pusat Lambat Gugur

Oleh sebab kulit adalah organ terbesar yang meliputi keseluruhan tubuh, maka pada bahagian tertentu kulit anak adalah sensitif. Perut juga merupakan salah satu bahagian sensitif bayi.

Pada bahagian perut jugalah terletaknya tunggul tali pusat, yang turut merupakan antara bahagian sensitif si manja kerana mudah terdedah kepada jangkitan.

Kaedah berbarut yang betul dapat membantu melindungi bahagian perut dan tunggul tali pusat bagi memastikan bayi kekal selesa.

Ingin tahu cara yang betul?

1. Perkara paling utama adalah untuk memandikan bayi dengan air suam.

2. Sekiranya tali pusat si kecil belum tertanggal, pastikan anda mengeringkan bahagian tersebut terlebih dahulu dengan menggunakan tuala lembut.

3. Setelah bayi dan bahagian tali pusat dikeringkan, sapukan minyak telon.

4. Kemudian pakaikan barut yang bersesuaian saiznya dengan bayi.

5. Pastikan ikatan barut baby tidak terlalu ketat atau longgar.

6. Jika anda tidak pasti mengenai ikatan yang sesuai dengan bayi, mungkin menggunakan barut moden berpelekat adalah pilihan terbaik.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai pemakaian barut ini, rujuklah kepada doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.

Sumber: HelloDoktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×