Euforia Bola 2026
40 Minggu

Cemas! Ibu Bersalin Dalam Bas MADANI, Bayi Perempuan Selamat Lahir Dengan Bantuan Petugas Klinik

SAKIT BERSALIN

Perjalanan sebuah bas MADANI di Kuching bertukar menjadi detik cemas apabila seorang penumpang wanita mengalami sakit bersalin ketika dalam perjalanan pada 23 September 2026.

Menurut perkongsian BAS.MY Kuching, kejadian berlaku sekitar jam 4.45 petang ketika bas MADANI laluan 8013 Muara Tebas dikendalikan oleh Encik Jamli bin Marikan.

Baca juga: Rabies Ragut Nyawa Lelaki Usia 31 Selepas Digigit Anjing Terbiar, Kes Pertama Di Kedah Sejak 1998!

WANITA SAKIT BERSALIN KETIKA DALAM BAS.MY

SAKIT BERSALIN

Sebelum itu, keadaan wanita berkenaan dilihat kurang sihat sejak menaiki bas dari Pending. Seorang penumpang warga emas yang berada di dalam bas turut cuba membantu dengan memberikan minyak angin.

Bagaimanapun, keadaan wanita tersebut semakin serius apabila bas tiba di kawasan Padang Merdeka. Menyedari situasi itu, pemandu bas mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Kebetulan, bas berkenaan berada tidak jauh dari Klinik Kesihatan Jalan Masjid. Dengan bantuan orang awam dan pengawal keselamatan, bas kemudiannya dibawa masuk ke kawasan klinik bagi membolehkan wanita tersebut menerima rawatan dengan segera.

Tindakan itu menyebabkan laluan berkenaan sedikit terganggu, namun langkah berkenaan dibuat bagi memastikan keselamatan ibu dan bayi yang bakal dilahirkan.

Setibanya di klinik, pasukan perubatan terus memberikan bantuan kepada wanita berkenaan yang masih berada di dalam bas.

Doktor, jururawat dan kakitangan Klinik Kesihatan Jalan Masjid kemudiannya bekerjasama membantu proses kelahiran dalam keadaan yang mencemaskan.

Hasil tindakan pantas pasukan perubatan, seorang bayi perempuan selamat dilahirkan pada jam 5.08 petang.

BAS.MY Kuching dalam perkongsiannya menyifatkan kelahiran itu sebagai satu detik yang tidak akan dilupakan oleh mereka yang berada di lokasi kejadian.

Selepas kelahiran tersebut, ibu dan bayi diserahkan kepada pasukan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Umum Sarawak (SGH). Kedua-duanya dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Penghargaan kepada semua yang membantu

SAKIT BERSALIN

BAS.MY Kuching turut merakamkan penghargaan kepada seluruh pasukan Klinik Kesihatan Jalan Masjid yang bertindak pantas membantu proses kelahiran tersebut.

Penghargaan turut diberikan kepada doktor, jururawat, kakitangan klinik, pengawal keselamatan dan orang awam yang membantu memastikan urusan membawa bas ke kawasan klinik dapat dilakukan dengan segera.

Pasukan ambulans yang membawa ibu dan bayi untuk mendapatkan rawatan lanjut turut dihargai atas bantuan yang diberikan.

Dalam masa sama, pengendali BAS.MY Kuching memberikan penghargaan khusus kepada pemandu bas, Encik Jamli, yang kekal tenang dan segera mengambil tindakan selepas menyedari keadaan penumpang tersebut.

Tindakan pantas semua pihak pada petang itu akhirnya membantu memastikan seorang ibu dan bayi perempuannya menerima bantuan perubatan dalam keadaan selamat.

Baca juga: “Seram Bila Dengar ‘Kod Merah’ Di Hospital…”- Rupanya Wanita Hamil Meninggal Dunia, Ramai Baru Tahu Maksudnya

Sumber: Facebook BAS.MY Kuching

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×