Euforia Bola 2026
Nur

“Saya Tak Suka Kehadiran Anjing” – PU Riz Kongsi Pandangan, Minta Orang Awam Tak Perlu Pelihara Anjing

PU RIZ

Pendakwah bebas, PU Riz, mengundang perhatian selepas berkongsi pandangan peribadinya mengenai pemeliharaan anjing oleh orang awam di Malaysia.

Menerusi satu hantaran di media sosial, PU Riz berkata pemeliharaan anjing oleh orang awam wajar dipertimbangkan semula, khususnya mengambil kira beberapa kejadian melibatkan individu diserang anjing.

Baca juga: “Lupakan Ayah, Hiduplah Bahagia…” – Peter Pan Dad ‘Pergi’ Selepas Berjaya Cari Tempat Tinggal Untuk Anak Autisme

PU RIZ BERI PANDANGAN, ORANG AWAM TAK PERLU PELIHARA ANJING

“Kalau tidak keberatan, orang awam di Malaysia tidak boleh dah pelihara anjing. Ini juga saranan agama. Mazhab kita memberi had yang sangat tinggi yang mana orang di bandar tidak perlu dan tidak memakai kaedah ini seperti menjaga kebun dan sebagainya,” katanya.

Pandangan tersebut dikongsikan selepas PU Riz menyoroti beberapa kejadian individu, termasuk kanak-kanak, yang didakwa diserang anjing sehingga ada yang mengalami kecederaan serius.

PU RIZ

Menurutnya, dia secara peribadi tidak selesa dengan kehadiran anjing, termasuk anjing yang dipelihara oleh jiran bukan Islam serta anjing liar.

“Saya secara peribadi tidak suka dengan kehadiran anjing, baik di rumah jiran bukan Islam mahupun anjing liar. Maaf jika tidak setuju. Ini hemat peribadi saya,” tambahnya.

Kenyataan berkenaan kemudiannya mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang mempunyai pandangan berbeza mengenai isu pemeliharaan anjing di Malaysia.

Warganet gesa pemeliharaan anjing dikawal

Seorang pengguna media sosial berkata Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat daripada pelbagai agama dan budaya.

Dia turut menyatakan sokongan terhadap hak untuk memelihara anjing sekiranya pemilik mematuhi peraturan berkaitan lesen, pemandulan serta penjagaan haiwan yang sewajarnya.

“Malaysia merupakan negara yang mempunyai kepelbagaian agama dan budaya. Namun, terima kasih atas pandangan anda.

“Saya akan mempertahankan hak untuk memelihara anjing dengan undang-undang yang menetapkan pelesenan, pemandulan dan penjagaan yang betul,” ujarnya.

PU RIZ

Kredit: Magnific

Menurut pengguna tersebut, anjing juga memainkan peranan penting dalam situasi tertentu, termasuk ketika berlaku bencana alam apabila anjing terlatih digunakan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat.

Dia turut berpandangan bahawa golongan berpengaruh boleh menggunakan platform mereka untuk meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan anjing dan kucing.

“Apabila berlaku bencana alam, anjing yang sangat terlatih berada di barisan hadapan. Mungkin lebih ramai individu berpengaruh boleh menggunakan suara mereka untuk meningkatkan kesedaran mengenai anjing dan kucing, yang akhirnya dapat mengurangkan jumlah haiwan terbiar serta memperbaiki penjagaan haiwan di negara kita,” katanya.

Pada masa sama, warganet tersebut menegaskan bahawa masyarakat masih boleh hidup bersama secara harmoni walaupun mempunyai perbezaan pandangan dan pegangan.

Isu pemeliharaan anjing di Malaysia sememangnya sering mencetuskan perbincangan, khususnya berkaitan aspek agama, keselamatan awam, kebajikan haiwan dan tanggungjawab pemilik dalam memastikan haiwan peliharaan tidak mendatangkan risiko kepada orang lain.

Baca juga: “Tolonglah Pantau Anak..”- Pekerja Pasar Raya Kecewa & Rayu Ibu Bapa Tegur Si Kecil, Jangan Curi-Curi Makan Tak Bayar!

Sumber: Threads Hrisbismail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×