Kerajaan MADANI bakal memperkenalkan Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian pada 9 September 2026 sempena sambutan Hari Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif berkenaan merupakan usaha baharu kerajaan untuk membolehkan lebih ramai rakyat mendapatkan barangan keperluan harian pada harga yang lebih berpatutan.
Baca juga: Sukar Kencing, Rupanya Ada ‘Batu’ 3.1kg Dalam Pundi Kencing Lelaki Ini! Sama Berat Bayi Baru Lahir
JUALAN IHSAN RAHMAH 9.9 SECARA DALAM TALIAN

Menurut beliau, pelaksanaan jualan secara dalam talian itu mengambil semangat sambutan Bulan Kebangsaan serta Hari Malaysia, selain memanfaatkan perkembangan platform e-dagang dalam membantu rakyat.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Summit Malaysia 2026. Anwar turut menggesa supaya inisiatif berkenaan dipromosikan secara meluas agar rakyat mengetahui dan dapat menikmati manfaat yang disediakan.
Program Jualan Rahmah yang diterajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebelum ini menawarkan pelbagai barangan keperluan asas pada harga antara 10 hingga 30 peratus lebih rendah.
Turut menggesa proses penggubalan Rang Undang-Undang

Kredit: Magnific
Dalam perkembangan berkaitan, Anwar turut mengarahkan supaya proses penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) e-dagang dipercepatkan bagi memastikan aktiviti perdagangan dalam talian dapat dikawal dengan lebih baik.
Menurutnya, peraturan tersebut penting bagi melindungi pengguna dan peniaga, di samping menyediakan persekitaran yang lebih selamat untuk golongan muda yang semakin aktif menceburi bidang perniagaan secara digital.
Beliau turut menegaskan bahawa langkah kawal selia diperlukan bagi membendung tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan atau menipu pengguna menerusi platform e-dagang.
Pada masa sama, kerajaan mengalu-alukan pandangan daripada pemain industri e-dagang bagi membantu memperkukuh serta mengembangkan sektor berkenaan, termasuk dalam aspek sokongan dan bantuan yang bersesuaian.
Mengenai isu percukaian pula, Anwar berkata kerajaan terbuka untuk menambah baik pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), termasuk mempertimbangkan beberapa elemen yang pernah digunakan dalam Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Bagaimanapun, beliau menegaskan sebarang penambahbaikan sistem percukaian tidak seharusnya membebankan golongan rakyat berpendapatan paling rendah.
Baca juga: “Dulu Cantik Macam Anak Patung, Pelajar Cemerlang SPM” – Rakan Lama Dedah Kisah Kak Liza Teluk Intan
Sumber: Berita Harian
