Euforia Bola 2026
Percutian

Ombak KLCC Bakal Jadi ‘Port’ Baru Warga KL… Selain Pokémon Center, Ini 50+ Kedai & Tarikan Menanti!

Ombak KLCC

Kalau anda sudah merancang lokasi untuk bersantai, makan atau membeli-belah hujung minggu ini, ada satu lagi destinasi baharu yang boleh dimasukkan dalam senarai. Ombak KLCC bakal membuka pintunya kepada orang ramai pada 21 Ogos 2026.

Baca juga: Tiket F1 GP Bahrain Dari RM200, Tapi Nak Pilih Zon Mana? Ini Harga & Pemandangan Setiap Kawasan!

KEDAI & TARIKAN DI OMBAK KLCC

Terletak di Plaza Ombak KLCC, 20, Persiaran KLCC, pusat gaya hidup baharu ini berada berhampiran Stesen MRT Persiaran KLCC dan hanya kira-kira 10 minit berjalan kaki dari Menara Berkembar PETRONAS.

Laman rasmi Ombak KLCC turut menyatakan ia mempunyai laluan berbumbung yang menghubungkan kawasan tersebut dengan KLCC Park dan Suria KLCC.

Lebih menarik, kompleks membeli-belah ini bukan sekadar menampilkan deretan kedai. Kompleks ini menawarkan kira-kira 120 ruang runcit merangkumi pilihan makanan dan minuman, fesyen, gaya hidup, rekreasi serta pengalaman seni dan budaya.

Berdasarkan senarai penyewa yang telah diumumkan, berikut antara premis yang boleh dinantikan pengunjung.

1. Peminat teknologi & gaming boleh ‘cuci mata’

Antara nama yang dijangka menarik perhatian ialah beberapa jenama berkaitan teknologi, permainan video dan gajet.

  • Nintendo
  • Pokémon Center Pop-Up Store
  • Samsung
  • Xiaomi
  • Garmin
  • ZEISS
  • KPIX Studio
  • U Mobile Experiential Gallery

Namun, pengunjung perlu mengambil perhatian bahawa tidak semua tarikan semestinya mula beroperasi serentak dengan pembukaan mall pada 21 Ogos.

Sebagai contoh, Pokémon Center Pop-Up Store diumumkan sebagai sebahagian daripada sambutan Pokémon 30th Anniversary di Malaysia dan dijadualkan bermula pada September. Jadi, jangan terkejut jika tarikan tersebut belum boleh dikunjungi pada hari pertama Ombak KLCC dibuka.

2. Banyak pilihan fesyen, tudung & aksesori

Bagi yang suka mencari pakaian, tudung, kasut atau aksesori, terdapat beberapa nama yang sudah disenaraikan.

  • Ariani
  • Amarissa
  • By Aura
  • Everywear
  • Fipper
  • Milolo
  • Qhiam
  • TudunngRuffle
  • Asics Run KL
  • CHJ Jewellery
  • Wah Chan
  • Zhou Liu Fu Jewellery

Daripada fesyen hingga barangan kemas, pengunjung mempunyai pelbagai pilihan untuk diterokai dalam satu lokasi.

3. Nak manjakan diri? Ada salon & produk penjagaan diri

Ombak KLCC turut menghimpunkan beberapa premis yang menawarkan produk kesihatan, kecantikan serta perkhidmatan penjagaan diri.

  • Alpro Sugi
  • Coway
  • Decode Salon
  • Eartheories
  • Health Lane Family Pharmacy
  • Jadioc Barbershop
  • Skinz Sanctuary

Jadi, bukan hanya aktiviti membeli-belah dan makan yang boleh dilakukan di sini.

Baca juga: Pernah Jadi Saksi Kemerdekaan, Kini 6 Lokasi Bersejarah Ini Berwajah Baharu, Moden & Wajib Dilawati Sekeluarga!

4. Ada Galeri PETRONAS sebagai tarikan seni & budaya

Satu lagi perkara yang membezakan Ombak KLCC daripada pusat beli-belah biasa ialah elemen seni dan budaya.

Galeri PETRONAS bakal menjadi anchor tenant di Ombak KLCC. The Edge sebelum ini melaporkan galeri tersebut akan menjadi antara elemen utama dalam konsep baharu pusat berkenaan.

Ini bermakna pengunjung bukan sekadar datang untuk membeli-belah, tetapi boleh menikmati pengalaman berkaitan seni dan budaya dalam kawasan yang sama.

5. Keperluan harian pun ada

Untuk urusan lebih praktikal, beberapa kedai serbaneka dan perkhidmatan turut disenaraikan.

  • 7-Eleven
  • CU Mart
  • myNEWS
  • MBG Fruit Shop
  • Urban Marketplace
  • Antaraduit
  • Jags Money

Kehadiran premis seperti ini menjadikan Ombak KLCC bukan hanya destinasi untuk kunjungan santai, tetapi turut memenuhi keperluan harian pengunjung dan komuniti sekitar.

6. Paling ditunggu, deretan restoran & kafe

Sudah tentu, antara perkara yang paling mudah menarik orang ramai ke pusat beli-belah baharu ialah pilihan makanan. Ombak KLCC bakal menampilkan pelbagai restoran, kafe dan premis makanan yang menawarkan citarasa tempatan serta antarabangsa.

  • Afloat Coffee Roaster
  • Ayame (Minamo Ramen)
  • Beautea
  • Chanson Camellia
  • Decker’s & Sōfte
  • Donkai
  • Eonyang Chicken Noodle Soup
  • HEY TEA
  • Inside Scoop
  • JomAmigo Steamboat
  • Juice Works
  • Junoon
  • Kenangan Coffee
  • Kotsu Kotsu
  • Kyomo
  • Locarasa By The Park
  • Milk & Barley
  • Nak Nak
  • Oh My Duck!
  • Oriental Kopi
  • Patchouli
  • Port Asam Pedas by Sang
  • Rotiboy
  • SANG Seafood
  • Subway
  • Tutti Fruiti Frozen Yogurt
  • Verrona Hills
  • Zaitoun
  • ZUS

ADA KIRA-KIRA 120 RUANG RUNCIT

Ombak KLCC

Walaupun lebih 50 nama premis sudah disenaraikan, jumlah itu bukan keseluruhan kedai yang terdapat di Ombak KLCC.

Laman rasmi pusat berkenaan menyatakan terdapat kira-kira 120 ruang runcit, selain tujuh aras dengan Sky Garden. Ia turut mempunyai empat aras parkir bawah tanah dengan kira-kira 450 petak.

Media sebelum ini turut melaporkan, angka 120 lot runcit dengan kira-kira 420,000 kaki persegi keluasan bersih boleh disewa.

Ombak KLCC dimiliki oleh KLCC (Holdings) Sdn Bhd, yang merupakan cabang pembangunan KLCC dan anak syarikat PETRONAS.

Dengan lokasinya yang strategik, akses terus dari MRT Persiaran KLCC serta laluan berbumbung ke KLCC Park dan Suria KLCC, pusat baharu ini dijangka menjadi satu lagi destinasi tumpuan di kawasan KLCC.

Sumber: Ombak KLCC / The Edge Malaysia / Malay Mail / The Star / Kenanga Research

FT Image: Ombak KLCC

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×