Hebahan

Iklan Perayaan PETRONAS Sepanjang Dua Dekad

1
SHARES

Pameran #tanahairku Galeri PETRONAS perlihatkan warisan komunikasi musim perayaan PETRONAS sepanjang dua puluh tahun yang lepas

PETRONAS kini sedang memperlihatkan bahan komunikasi musim perayaan selama 20 tahun di Galeri PETRONAS hingga Februari 2016.  Pameran bertajuk #tanahairku: Dua Dekad Menyemai Perpaduan Nasional ini menggambarkan pentingnya nilai, warisan budaya dan tradisi yang menyatupadukan dan mengeratkan hubungan antara semua rakyat Malaysia.

7 Sons & A Cow (2003)- From L - The mother

Masih ingat dengan iklan hari raya seorang ibu bersama 7 anak, dan seekor lembu?

Selaras dengan tradisi kempen musim perayaan PETRONAS, pameran #tanahairku secara khusus memaparkan nilai-nilai dan warisan budaya tanah air kita yang tercinta.  Ia mencerminkan prinsip teras PETRONAS, ‘Reimagining Energy’ yang menekankan dan menghidupkan daya ketahanan dan kekuatan semangat insan untuk mencapai kecemerlangan dalam segala yang kita lakukan.

A Walk Through Time (2014) - Reflect on yesterday. Live for today. Hope for tomorrow_1 A Walk Through Time (2014) - Reflect on yesterday. Live for today. Hope for tomorrow_2

Pameran yang diilhamkan oleh puisi “Tanahairku” nukilan Allahyarham Sasterawan Negara Dato’ Dr Usman Awang ini bertujuan untuk memperlihatkan Malaysia sebagai wadah tumpuan budaya dan tradisi yang unik sambil menggalakkan rakyat Malaysia mengukuhkan perpaduan negara.

Boat Race (2000) - It's about the importance of staying united

Iklan perlumbaan bot pada tahun 2000

Menampilkan pilihan 21 iklan musim perayaan yang menjadi ikon dan sentiasa tersemat dalam ingatan, pameran #tanahairku Galeri PETRONAS merupakan pameran pertama di Malaysia yang memberi tumpuan kepada pilihan genre iklan yang unik.

 

Menurut Rosli Abdul Rahim, Pengarah Galeri PETRONAS, iklan PETRONAS menyelitkan nilai-nilai keluhuran dan kemurnian kerana ia memaparkan perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum yang menyentuh hati kita.

 

“Iklan-iklan ini menggambarkan situasi sebenar, insan sebenar dengan sentimen dan tindakan sebenar yang kita lihat diamalkan oleh rakyat Malaysia setiap hari.  Ia menunjukkan hakikat kita yang sebenar sebagai rakyat Malaysia.”

“Menerusi satu pentas seni, pameran #tanahairku menggalakkan pelawat untuk mengimbau semula dan berkongsi makna, kenangan dan tradisi sebagaima yang diperlihatkan dalam setiap cerita yang dipaparkan untuk mengingatkan kita tentang pentingnya mengamalkan tradisi dan nilai-nilai yang menyatukan semua rakyat Malaysia,” tambahnya.

Sejak permulaannya pada 1996, iklan musim perayaan PETRONAS telah menawan hati dan minda rakyat Malaysia menerusi penceritaan – berkongsi jalan cerita yang bukan sahaja mudah, indah dan menyentuh hati, tetapi juga mencerminkan nilai-nilai moral, kepelbagaian budaya, keharmonian dan tradisi yang memainkan peranan penting dalam kehidupan kita setiap hari.

Kebanyakan kempen perayaan PETRONAS telah mendapat pujian dan sanjungan, serta pelbagai pengiktirafan tempatan, serantau dan global, termasuk Clio New York International, People’s Choice Award dan Cannes Gold Award, yang memartabatkan PETRONAS sebagai jenama yang dihormati dan disegani.

Pameran #tanahairku mengetengahkan pelbagai iklan TV yang memenangi anugerah, khususnya yang diterbitkan oleh Allahyarhamah Yasmin Ahmad bertajuk “Tan Hong Ming, Karate, Race, Kawan Baik”; iklan televisyen pertama untuk Hari Kebangsaan dan Deepavali dari tahun 1996; iklan Hari Raya 2006 bertajuk ‘Plastic Bowl’; dan iklan “7 Sons & A Cow” dari tahun 2003.

Pameran ini membawa pelawat menyusuri liku-liku perjalanan yang menyentuh perasaan menerusi enam tema, iaitu Proud to be Malaysian, Our Diversity Makes Us Beautiful, Whats Life Without Love?, A Lifetime of Friendships, Kerna Kita Satu Sama Dipunyai, dan Negaraku Powered by the People.

Untuk memberikan pengalaman imersif dan interaktif, pameran ini membawa penonton melihat di belakang tabir iklan musim perayaan PETRONAS, khususnya peralatan dan senario yang digunakan dalam iklan.  Pameran ini menghidupkan semula nostalgia dan menyuntik kesedaran di kalangan rakyat Malaysia dari segenap lapisan hidup terhadap tanggungjawab masing-masing untuk mengekalkan perpaduan negara dan keharmonian sosial.

Pameran #tanahairku juga membawakan siri hasil seni lukis oleh pelukis-pelukis tempatan dari Johor Bahru, Sabah dan Sarawak di bawah projek seni jalanan sempena perayaan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.

Setiap ekspresi seni mencerminkan budaya tempatan dan melambangkan usaha PETRONAS untuk menyatukan rakyat dalam menghargai makna Kemerdekaan menerusi seni.

Pameran #tanahairku dibuka kepada orang ramai dari 10 Disember 2015 hingga 7 Februari 2016, dari Selasa hingga Ahad, 10 pagi hingga 8 malam di Galeri PETRONAS, KLCC.  Masuk percuma.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Rashidah Ali, Pengurus, Pemasaran & Perkhidmatan Pelawat: +6 03 2051 5634 / 012 3180270 [email protected]

Haniff Ali, Eksekutif, Perhubungan Awam & Komunikasi Tradisional: +6 03 2392 1199 / 017 3590832 [email protected]

Mohd Rafie B Kamaruzaman, Eksekutif, Perhubungan Awam & Komunikasi Dalam Talian: +6 03 2331 1572 / 010 2321292 [email protected]

 

[infobox title=’Tentang Galeri Petronas’]

galeri-petronas

GALERI PETRONAS terletak di Aras 3, Suria KLCC.  Galeri ini ditubuhkan oleh PETRONAS, syarikat minyak negara Malaysia, untuk menyokong dan memupuk pembangunan seni lukis di Malaysia dengan menyediakan landasan serba guna bertaraf dunia untuk pelukis Malaysia dan antarabangsa mempamerkan hasil kerja mereka.

Sejak pembukaannya kepada orang ramai pada tahun 1998, GALERI PETRONAS telah menerima kunjungan beribu-ribu pelawat.  Dengan menganjurkan pelbagai pameran tempatan dan antarabangsa, GALERI PETRONAS berhasrat menyediakan saluran yang memudahkan orang ramai untuk menyaksikan, menghayati dan menghargai hasil karya seni dan terus menambat hati pengunjung dengan pameran dan program awam  baru yang menarik.[/infobox]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×