Euforia Bola 2026
Famili

[VIDEO] Kasut Hilang Dalam Timbunan, Lelaki Ini Kongsi Cara Guna ChatGPT Sebagai ‘Penyelamat’!

kasut hilang

Masalah kasut hilang mungkin nampak remeh, tetapi boleh jadi pening kepala apabila kasut berkenaan tercicir dalam timbunan lebih 1,000 pasang. Namun, ia bukan masalah besar bagi lelaki ini yang mempunyai pemikiran di luar kotak.

Di mana, dia meminta bantuan ChatGPT untuk mencari kasutnya. Tindakan tersebut menjadi tular di media sosial selepas video dikongsikan pengguna Instagram, Shubhang Borkar, dan mendapat lebih 2.4 juta tontonan.

Baca juga: [FOTO] Christiano Ronaldo & Georgina Rodríguez Nikah Di Ruang Tamu, Majlis Sederhana Di Kediaman Mewah Raih Pujian

CARI KASUT HILANG GUNA CHATGPT

kasut hilang

Menerusi video itu, lelaki berkenaan dilihat mengambil gambar timbunan kasut yang ditinggalkan pengunjung sebelum menggunakan ChatGPT untuk membantu mengenal pasti kasut miliknya.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di kawasan luar Kuil Mahakaleshwar di Ujjain, India, tempat pengunjung meninggalkan kasut sebelum memasuki kawasan kuil.

Baca juga: Tanpa Peralatan…Lelaki Nekad Panjat Rumah Kedai Terbakar, Selamatkan 2 Kanak-Kanak Bersama Orang Awam

kasut hilang

Tak perlu cari satu-satu

Menurut perkongsian di media sosial, lelaki tersebut dikatakan kehilangan kasutnya dalam timbunan yang mengandungi lebih 1,000 pasang kasut.

Daripada menghabiskan masa menyelongkar satu demi satu, dia memilih untuk menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Lelaki itu mengambil gambar kawasan berkenaan dan memuat naiknya ke ChatGPT sebelum meminta chatbot tersebut membantu mengenal pasti kasut yang dicari.

Dia kemudiannya dipercayai berjaya menemukan kasut berkenaan, sekali gus menarik perhatian orang di sekeliling.

Video itu turut mengundang pelbagai reaksi kerana penggunaan ChatGPT untuk mencari barang yang hilang bukanlah sesuatu yang biasa dilihat.

Baca juga: “Sangat Humble & Polite”- Pemandu e-Hailing Tak Sangka Penumpang Dibawa Rupanya Tokoh Seni Bina Negara!

chatgpt cari kasut hilang

Warga maya yang terhibur dan teruja!

Ruangan komen dipenuhi pengguna yang terhibur dengan cara lelaki itu menggunakan teknologi untuk menyelesaikan masalah harian.

“Saya tak tahu kita boleh guna ChatGPT macam ini,” tulis seorang pengguna.

Seorang lagi pula berseloroh, “Pilih saja pasangan kasut paling cantik dan tinggalkan.”

Ada juga yang menyindir secara jenaka dengan menulis, “AI sedang menangis di sudut.”

Seorang pengguna lain pula mencadangkan supaya lelaki berkenaan menggunakan Gemini Live.

Namun, ada yang memuji tindakannya dan menganggap cara tersebut membuktikan teknologi AI boleh digunakan dalam situasi yang tidak pernah terfikir sebelum ini.

“Masalah moden perlukan penyelesaian moden,” tulis seorang pengguna.

Menariknya, seorang wanita turut berkongsi pengalaman hampir sama apabila suaminya pernah mengambil gambar rak buku ketika menghadiri jualan buku dan meminta ChatGPT mengenal pasti sebuah buku tertentu.

Menurut wanita tersebut, chatbot itu berjaya membantu mereka mencari buku yang dimaksudkan.

Kisah kasut berkenaan sekali lagi menunjukkan bagaimana AI semakin digunakan dalam kehidupan seharian, termasuk untuk menyelesaikan masalah kecil yang kadangkala boleh membuat seseorang pening kepala.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Shubhang Borkar (@shubhangborkar)

Sumber: Economic Times

FT Image: Instagram @shubhangborkar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×