Euforia Bola 2026
Inspirasi

Hebat! Atasi 131 Peserta Dari 24 Negara, Pegawai PASKAL Ini Raih Anugerah Tertinggi Kursus ‘Sniper’ Di China

pegawai PASKAL

Nama Malaysia sekali lagi mencuri perhatian di peringkat antarabangsa apabila seorang pegawai PASKAL dinobatkan sebagai Penuntut Terbaik Keseluruhan Kursus Sniper Tahun 2026 di China.

Pegawai Pasukan Khas Laut (PASKAL) itu mengharumkan nama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selepas menerima anugerah Excellent Student Award pada majlis penutup kursus di Shijiazhuang Campus, PLA Infantry Academy, Hebei, China.

Baca juga: “Ingatkan Nak Cucuk Rapat…”- Uncle Teksi Rupanya Berhenti Kutip Jalur Gemilang, Semangat Patriotik Dipuji!

PEGAWAI PASKAL (TLDM) RAIH ANUGERAH TERTINGGI KURSUS ‘SNIPER’ DI CHINA

pegawai PASKAL

Bukan sekadar anugerah terbaik keseluruhan

Lebih membanggakan, beliau berjaya mengatasi 131 penuntut dari lebih 24 negara yang menyertai Sniper Infantry Course tersebut. Di mana, kursus berkenaan berlangsung selama lima bulan, bermula 1 Mac hingga 31 Julai 2026.

Selain menerima anugerah tertinggi sebagai penuntut terbaik keseluruhan, pegawai berkenaan turut dianugerahkan Certificate of Honors – Excellent Cadre serta Silver Badge Medals berdasarkan pencapaian sepanjang kursus.

Dalam kategori Individual Sniper Exam bagi Team 1 – English Sniper pula, beliau berjaya menduduki tempat kedua daripada 38 penuntut.

Baca juga: Jadi Kebanggaan Malaysia & Dunia, Ini 6 Tokoh Wanita Popular Jadi Inspirasi!

pegawai PASKAL

Menurut TLDM, pencapaian itu mencerminkan tahap kompetensi, disiplin, ketahanan mental, ketelitian serta keupayaan pegawai berkenaan untuk bersaing dalam persekitaran latihan ketenteraan antarabangsa yang kompetitif.

Kejayaan tersebut turut dilihat sebagai manifestasi keupayaan warga TLDM dalam membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa.

Pada masa sama, penyertaan dan pencapaian berkenaan bukan sahaja memberi nilai tambah kepada pembangunan kepakaran individu, malah berpotensi menyumbang kepada peningkatan keupayaan latihan, perkongsian pengetahuan serta pembangunan kompetensi warga TLDM dalam bidang berkaitan.

Menurut TLDM, kejayaan itu turut memperkukuhkan imej profesionalisme Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta hubungan ketenteraan antara Malaysia dengan negara luar.

Pencapaian seorang pegawai anak Malaysia di pentas antarabangsa ini pastinya menjadi kebanggaan buat warga TLDM dan negara.

pegawai PASKAL

Baca juga: Sebelum Masuk Universiti, Remaja Ini Cipta Aplikasi AI Demi Datuk… Tak Mahu Terlupa Makan Ubat Bila Tinggal Sendirian

Sumber: Facebook Tentera Laut Diraja Malaysia

FT Image: Facebook Tentera Laut Diraja Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×