Isu penumpang gemuk menggunakan dua tempat duduk dalam LRT menjadi perhatian selepas satu hantaran di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi pengguna.
Menerusi hantaran tersebut, pengguna berkenaan mempersoalkan sama ada individu berbadan besar perlu berusaha menurunkan berat badan supaya tidak menggunakan ruang lebih daripada satu tempat duduk ketika menaiki tren.
Baca juga: “Saya Rasa Terpenjara”– Dr Fie Harap Kes Komital Dengan Bekas Suami Berakhir, Mahu Hidup Tenang
PENUMPANG GEMUK AMBIL 2 TEMPAT DUDUK DALAM LRT JADI ISU

Perkongsian seorang pengguna media sosial mengenai penumpang berbadan besar yang menggunakan pengangkutan awam mencetuskan perbincangan dalam kalangan pengguna media sosial.
Menerusi hantaran tersebut, pengguna berkenaan mempersoalkan sama ada individu berbadan besar perlu berusaha menurunkan berat badan supaya tidak menggunakan ruang lebih daripada satu tempat duduk ketika menaiki tren.
“Kenapa orang yang naik LRT/MRT kena berusaha untuk kurus? Supaya kita tak duduk dua tempat duduk untuk seorang diri,” luahnya.
Hantaran itu kemudiannya mendapat perhatian Prasarana Malaysia Berhad menerusi akaun rasmi MyRapidKL yang tampil memberikan respons terhadap perkara berkenaan.
“Perkhidmatan pengangkutan awam tidak pernah diskriminasi sesiapapun. Marilah kita sama-sama wujudkan ruang yang selesa dan selamat untuk semua. Mohon delete posting yang tidak bertanggungjawab seperti ini. Terima kasih,” ujarnya.
Pengguna kongsi pengalaman naik trem
Seorang pengguna Threads berkata, dia tidak kisah untuk berdiri sekiranya mendapati tempat duduk yang tersedia tidak sesuai untuk dirinya.
Namun, menurutnya, keadaan berbeza apabila menaiki tren dan mendapati masih terdapat tempat duduk yang kosong. Perkongsian itu menggambarkan pengalaman penumpang yang memilih untuk bertolak ansur sekiranya keadaan tempat duduk tidak selesa atau tidak mencukupi untuk mereka.
Seorang lagi pengguna, Mohammadzeebil, turut berkongsi pandangannya mengenai isu tersebut. Katanya, dia memilih untuk berdiri sekiranya merasakan keadaan fizikalnya menyebabkan penumpang lain kurang selesa untuk duduk di sebelahnya.

Isu tersebut kemudiannya mengundang pelbagai reaksi dalam talian, dengan sebahagian pengguna menekankan kepentingan bertimbang rasa ketika menggunakan pengangkutan awam.
Pada masa sama, terdapat juga pandangan bahawa isu berkaitan berat badan tidak seharusnya dijadikan bahan untuk memalukan atau memperlekehkan seseorang.
Baca juga: Detik Cemas Di Pusat Beli-Belah, Jari Kanak-Kanak 5 Tahun Tersepit Pada Eskalator!
Sumber: Threads Rickyyyylily
