Euforia Bola 2026
Didik

Bukan Peluang Biasa Biasa, Pelajar Tingkatan 6 Negeri Sembilan Bakal Jadi Sukarelawan F1 Sepang!

f1 sepang

Pelajar Tingkatan Enam Rendah (Lower Six) di Negeri Sembilan bakal berpeluang menyertai program sukarelawan F1 Sepang di Litar Antarabangsa Sepang sebagai pendedahan kepada penganjuran acara sukan permotoran bertaraf dunia.

Baca juga: “Darah Saya Tak Kenal Melayu, Cina Atau India” – Kisah Lelaki Cina Derma Darah 28 Kali Buat Ramai Tersentuh

PELAJAR TINGKATAN 6 BAWAH BAKAL JADI SUKARELAWAN F1 SEPANG 2026

f1 sepang

Foto: Gemini AI

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meminta Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari supaya melibatkan pelajar berkenaan dalam program sukarelawan itu memandangkan lokasi Negeri Sembilan yang berhampiran dengan Sepang.

Menurut PM, penglibatan pelajar Tingkatan Enam sebagai sukarelawan F1 dapat memberi pengalaman baharu kepada mereka selain mengenali proses pengurusan acara sukan antarabangsa.

Nanti saya beritahu kepada Menteri Belia dan Sukan untuk ambil juga pelajar Lower Six dari Negeri Sembilan kerana dekat dengan Sepang supaya mereka dapat menjadi sukarelawan F1 dan memperoleh pendedahan kepada perlumbaan kereta paling istimewa di dunia,” katanya.

Malaysia Berpeluang Anjur F1 Secara Percuma Di Sepang

f1 sepang

Foto: ESPN

Dalam perkembangan sama, PM memaklumkan Malaysia berpeluang menjadi tuan rumah perlumbaan Formula 1 selepas Bahrain tidak dapat menganjurkan acara tersebut susulan konflik di Asia Barat.

Menurut beliau, Raja Bahrain telah menghubungi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi mendapatkan persetujuan Malaysia untuk mengambil alih penganjuran perlumbaan berkenaan.

Namun, PM menjelaskan penganjuran F1 biasanya melibatkan kos yang tinggi kerana negara tuan rumah perlu membayar yuran langganan kepada pihak Formula 1.

Kerana nak buat F1 ini kena bayar ratus-ratus juta ringgit, bukan percuma. Kena bayar subscription fee kepada F1 iaitu FIC,” katanya.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Bahrain kemudian memaklumkan bahawa Bahrain telah menjelaskan yuran penganjuran sebanyak RM290 juta kepada pihak F1.

Sekiranya Malaysia bersetuju menjadi tuan rumah, Malaysia tidak perlu menanggung bayaran yuran tersebut dan hanya perlu menguruskan aspek penganjuran perlumbaan.

Persiapan Penganjuran F1 Diperkemas

Dalam pada itu, PM berkata, walaupun yuran penganjuran telah dibayar oleh Bahrain, masih terdapat kos operasi lain yang perlu ditanggung bagi memastikan perlumbaan berjalan lancar.

Beliau telah mengarahkan kementerian dan agensi berkaitan termasuk Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta Polis Diraja Malaysia supaya membuat persiapan rapi.

Katanya, penyelarasan awal telah dilakukan bersama Ketua Setiausaha Negara dan semua ketua setiausaha kementerian bagi memastikan aspek imigresen, kastam dan keselamatan dapat berjalan dengan cekap.

Peluang penganjuran F1 di Sepang bukan sahaja membuka ruang kepada Malaysia untuk kembali menjadi tumpuan dunia dalam arena sukan permotoran, malah memberi peluang kepada golongan muda seperti pelajar Tingkatan Enam untuk menimba pengalaman dalam acara bertaraf antarabangsa.

Baca juga: “Kalau Wujud, Terus Report”- Tular Dakwaan Wanita Rohingya Cuba Tukar Bayi Di Hospital, KKM Tampil Perjelas Situasi

Sumber: Malaysia Tribune

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×