Isu membabitkan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali terus menjadi perhatian ramai apabila berlaku pertikaman lidah antara dia dan kakaknya, Normalayati di platform Threads.
Sebelum ini, Normalayati tampil mempertahankan bekas adik iparnya dengan menafikan dakwaan yang mengatakan wanita berasal dari Indonesia itu telah membolot semua harta milik Safee.
Baca juga: Bolehkah Bernikah Selepas Zina Tanpa Bertaubat? Ini Penjelasan Hukum Yang Perlu Difahami
SAFEE SALI MINTA KAKAK BERHENTI DEDAH HAL PERIBADI

Menurutnya, dakwaan tersebut tidak benar dan dia hanya mahu memperbetulkan keadaan selepas merasakan ada pihak yang telah difitnah.
Perkongsian itu bagaimanapun mengundang respons daripada Safee sendiri. Menerusi ruangan komen, Safee meminta kakaknya supaya menghentikan tindakan mendedahkan hal berkaitan dirinya di media sosial.
Safee turut meluahkan rasa kecewa dan mendakwa kakaknya tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dalam kehidupannya.
“Hentikanlah buat kerja macam ni. Kau tak ada dalam hidup aku yang sebenar. Hentikan buat kerja meroyan di media sosial. Kakak jenis apa macam ni?” tulisnya.
KAKAK NAK BETULKAN DAKWAAN YANG ‘TAK TEPAT’

Safee Sali dan isteri
Tidak berdiam diri, Normalayati kemudian membalas komen tersebut dengan menjelaskan dia tidak berniat mencampuri urusan peribadi adiknya. Sebaliknya, dia tampil bersuara kerana mahu memperbetulkan dakwaan yang disifatkannya tidak tepat.
Perbualan terbuka antara adik-beradik itu pantas tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang berpendapat isu keluarga sebaiknya diselesaikan secara tertutup, manakala ada juga yang memahami tindakan Normalayati yang mahu mempertahankan individu yang didakwanya telah difitnah.
Sehingga kini, pertikaian antara Safee dan kakaknya terus menjadi perhatian pengguna media sosial, malah ramai berharap kemelut tersebut dapat diselesaikan secara baik tanpa perlu dipanjangkan di ruang awam.
