Satu perkongsian di Threads menjadi perhatian ramai selepas seorang pengguna media sosial mendakwa berlaku cubaan tukar bayi di dalam sebuah wad hospital.
Perkongsian tersebut pantas tular dan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa terkejut serta bimbang dengan dakwaan berkenaan.
WANITA ROHINGYA CUBA TUKAR BAYI DI WAD HOSPITAL

Foto: Threads @nurulnurhidayahhh
Menerusi perkongsian itu, pengguna berkenaan mendakwa seorang wanita Rohingya ditempatkan di wad yang sama dengan seorang ibu Melayu.
Menurut dakwaan tersebut, bayi milik wanita itu dikatakan kerap menangis, manakala bayi milik ibu yang berada di katil bertentangan pula berada dalam keadaan tenang dan tidak banyak meragam.
Pengguna itu mendakwa bahawa ketika ibu kepada bayi berkenaan keluar sebentar untuk menggunakan tandas, wanita tersebut dipercayai mengambil kesempatan dengan cuba menukar bayinya dengan bayi milik pesakit di katil hadapan.
Namun begitu, menurut hantaran tersebut, tindakan itu sempat disedari oleh seorang jururawat yang berada di wad berkenaan sebelum sebarang pertukaran berlaku.
Insiden itu didakwa menyebabkan suasana menjadi kecoh sebelum wanita berkenaan dikatakan dimarahi oleh petugas hospital.
“Pernah ada satu Rohingya tu. Anak dia menangis je. Lepas tu katil depan (Melayu) tu anak dia behave je. Mak dia (Melayu tadi) nak pergi tandas, sekali Rohingya tu pergi tukar anak dia yang asyik meragam dekat anak Melayu katil depan tadi. Nasib nurse perasan, kecoh la kena marah. Geram ya,” tulis pengguna Threads tersebut.
Netizen Luah Rasa Marah Dan Bimbang

Foto: Gemini AI
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa marah, terkejut dan bimbang sekiranya dakwaan itu benar-benar berlaku.
Ada yang menggesa pihak berkaitan mengambil tindakan lebih tegas, manakala sebahagian lagi berpendapat prosedur keselamatan di wad bersalin perlu diperkukuhkan bagi mengelakkan kejadian seumpama itu.
“Ya Allah apa benda ni… makin melampaunyaaa diorang ni!!! Tolonglah KKM ambil tindakan, jangan bagi diorang langsung masuk hosp gov atau KK dah… sampai tahap macam ni… melampau sangat dah ni.”
Seorang lagi netizen pula menyifatkan tindakan yang didakwa berlaku itu sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima.
“Weh biadab betul lah puak² ni. Nak tukar-tukar pulak anak orang. Melampau dah ni. Kalau nurse tak perasan, maunya memang tertukar betul dah budak² tu.”
Dalam pada itu, ada juga yang mencadangkan supaya sistem pengecaman bayi di hospital dipertingkatkan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
“Kalau dah macam ni, kena buat tagging lain ni kat baby² dengan anak Rohingya. Mesti kena fikirkan cara sebab biasa pakai gelang plastik tu je memang tak boleh macam tu je.”
Perkongsian tersebut sehingga kini terus menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen. Ramai mengakui berasa takut membaca dakwaan berkenaan, malah ada yang mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa lebih peka terhadap keadaan bayi ketika berada di hospital.
Baca juga: PU Salman Kongsi 3 Punca Rumah Jadi ‘Sarang Syaitan’, Ramai Tak Sedar Selalu Buat Tabiat Buruk Ini!
Sumber: Threads @nurulnurhidayahhh
