Euforia Bola 2026
Famili

Lagi 3 Hari Nak Bertunang, Wanita Reda Majlis Bertukar Jadi Tahlil… “Semua Persiapan Sudah Siap”

MAJLIS PERTUNANGAN

Majlis pertunangan yang sepatutnya menjadi detik penuh bahagia bertukar menjadi kenangan paling menyedihkan buat seorang wanita apabila bakal tunangnya maut.

Difahamkan, hanya tiga hari sebelum hari yang dinantikan, segala persiapan majlis pertunangan telah siap dilakukan namun terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan majlis tahlil pada Sabtu ini.

Baca juga: Tular Celah Dinding Tandas OKU Di R&R Nampak CCTV! Risau..Pengguna Harap Isu Privasi Ini Disiasat

MAJLIS PERTUNANGAN TUKAR TAHLIL ARWAH

MAJLIS PERTUNANGAN

Nor Syaqirah Mohd Sha’aroni, 27, berkata, dia dan keluarga reda menerima ketentuan Ilahi meskipun semua persiapan untuk menyambut rombongan keluarga bakal tunangnya sudah siap sepenuhnya.

“Makanan yang sudah ditempah akan diagihkan lebih awal, manakala pada malam esok akan diadakan majlis tahlil di rumah keluarga arwah. Memang semua persiapan sudah dibuat, tetapi kami reda dengan ketentuan Allah,” jelasnya.

Bakal tunangnya, Mohammad Amirul Mohammad Jais, 35, dilaporkan meninggal dunia selepas motosikal Modenas Kriss yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di persimpangan Persiaran Mokhtar Dahari pada kira-kira jam 11 pagi, Rabu.

Menurut Nor Syaqirah, mereka sudah mengenali antara satu sama lain sejak kecil kerana sama-sama membesar dalam Persatuan Kebudayaan Dendang Anak. Hubungan mereka kemudian menjadi lebih serius selepas Allahyarham melamarnya pada awal tahun ini.

“Kami tidak bercinta lama, tetapi memang kenal sejak kecil. Awal tahun ini dia mengajak saya berkahwin dan kami terus membuat persiapan untuk bertunang.

“KEHILANGAN INI AMAT SUKAR…”

MAJLIS PERTUNANGAN

“Perancangan asal kami adalah untuk berkahwin pada Julai tahun depan kerana ia bersempena bulan kelahiran kami berdua,” katanya.

Nor Syaqirah turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang insan yang penyayang serta sentiasa mengutamakan keluarga.

“Saya telah kehilangan ibu pada 2021, namun kehadiran arwah bukan sekadar sebagai pasangan, malah menjadi tempat saya bergantung seperti seorang abang dan ayah.

“Dia seorang yang sangat mengambil berat dan sentiasa ada untuk saya. Oleh sebab itu, kehilangan ini amat sukar diterima,” tambahnya.

Jenazah Allahyarham dimandikan dan dikafankan di Hospital Tanjong Karang sebelum dibawa ke Masjid Sungai Serdang untuk disolatkan. Allahyarham kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Serdang pada kira-kira jam 6.30 petang, Rabu.

Baca juga: Ibu Bekerja Di Selangor Boleh Mohon Insentif RM1,000 MamaKerja, Permohonan Dibuka Ogos Ini!

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×