Euforia Bola 2026
Rakyat

Tular Celah Dinding Tandas OKU Di R&R Nampak CCTV! Risau..Pengguna Harap Isu Privasi Ini Disiasat

tandas awam

Isu privasi di tandas awam sering menjadi perhatian orang ramai, lebih-lebih lagi apabila melibatkan tandas awam Orang Kurang Upaya (OKU) yang digunakan oleh individu yang memerlukan bantuan penjaga.

Baru-baru ini, seorang pengguna Threads dikenali sebagai @gemoi151 berkongsi kebimbangannya selepas mendapati sebuah kamera litar tertutup (CCTV) kelihatan jelas dari dalam tandas awam OKU di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rawang arah utara.

Baca juga: Ibu Bekerja Di Selangor Boleh Mohon Insentif RM1,000 MamaKerja, Permohonan Dibuka Ogos Ini!

TANDAS AWAM OKU DI RNR NAMPAK CCTV, BUAT RAMAI RISAU

TANDAS AWAM

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang turut menyuarakan kebimbangan mengenai aspek privasi di lokasi berkenaan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, individu tersebut menjelaskan bahawa dia membantu isterinya menggunakan tandas OKU sebelum menyedari terdapat sebuah CCTV yang boleh dilihat dari dalam tandas melalui ruang terbuka di bahagian atas dinding.

Walaupun kamera tersebut dipercayai menghala ke kawasan luar dan bukannya ke dalam tandas, keadaan itu tetap membuatkannya berasa kurang selesa.

Menurutnya, kewujudan ruang terbuka di bahagian atas dinding menyebabkan sempadan privasi dirasakan tidak begitu jelas.

“Memanglah CCTV itu menghala ke tempat lain. Tetapi bila duduk dalam tandas OKU di R&R Rawang (arah utara), jelas nampak sebuah kamera di atas celah dinding. Bila bantu isteri masuk tandas, automatik rasa risau dan tidak selesa,” jelasnya.

Dia turut berharap pihak pengurusan R&R dapat menutup ruang terbuka tersebut bagi memberikan lebih keyakinan dan keselesaan kepada pengguna.

TANDAS AWAM

Ramai setuju aspek privasi perlu dipertingkatkan

Perkongsian itu menerima pelbagai komen daripada warganet yang berpendapat isu tersebut wajar diberi perhatian walaupun kamera tidak menghala ke arah tandas.

Menurut mereka, pengguna tandas, khususnya tandas OKU, sepatutnya berasa selamat dan mempunyai privasi sepenuhnya ketika menggunakan kemudahan awam.

Ada juga yang berpendapat reka bentuk tandas dengan ruang terbuka di bahagian atas dinding boleh menimbulkan salah faham atau rasa tidak selesa kepada pengguna, terutama apabila kamera keselamatan berada berhampiran.

Pemasangan CCTV di kawasan awam sememangnya bertujuan meningkatkan aspek keselamatan serta memantau keadaan persekitaran.

Namun begitu, kedudukan kamera dan reka bentuk bangunan juga perlu mengambil kira faktor privasi pengguna agar tidak menimbulkan persepsi yang mengganggu.

Orang ramai berharap pihak pengurusan dapat menilai semula reka bentuk tandas di lokasi tersebut, termasuk mempertimbangkan penutupan ruang terbuka di bahagian atas dinding sekiranya ia boleh mengundang rasa kurang selesa.

Baca juga: Minyak Rambut & Tisu Jadi ‘Hair Mask’? Ini Cara Viral Dari Indonesia Untuk Bantu Rambut Bayi Cepat Tumbuh

Sumber: Threads Gemoi151

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×