Euforia Bola 2026
Sihat

“Kalau Anak Selalu Tidur Mulut Ternganga & Berdengkur, Tolong Periksa” – Ibu Kongsi Pengalaman Anak Hidap OSA

TIDUR TERNGANGA

Ramai ibu bapa tidak menyedari bahawa tabiat anak tidur ternganga dan berdengkur boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan yang lebih serius, seperti yang dikongsikan oleh seorang ibu menerusi Facebook baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Dayah Lokman, dia mendedahkan anaknya pernah mengalami masalah tidur yang akhirnya disahkan berpunca daripada Obstructive Sleep Apnea (OSA), iaitu gangguan pernafasan ketika tidur.

Baca juga: Tular Rakaman CCTV Lelaki Tinggal Bayi Di Surau Dalam Beg Jinjing, Polis & Netizen Giat Cari Suspek!

TIDUR TERNGANGA & BERDENGKUR, IBU DEDAH ANAK ADA MASALAH APNEA

TIDUR TERNGANGA

Menurut Dayah, anaknya sering tidur dengan mulut ternganga dan berdengkur sebelum pemeriksaan lanjut mendapati keadaan itu berlaku akibat pembesaran tonsil dan adenoid.

Dalam perkongsiannya, Dayah turut menasihatkan ibu bapa supaya mendapatkan pemeriksaan doktor sekiranya anak menunjukkan simptom yang sama.

“Kalau nampak anak selalu tidur dengan mulut ternganga dan berdengkur, sila cek dengan doktor. Anak kami disahkan ada Obstructive Sleep Apnea (OSA) kerana tonsil dan adenoid yang membesar,” tulisnya.

Dia menjelaskan bahawa anaknya telah menjalani pembedahan bagi membuang tonsil dan adenoid yang didapati bersaiz lebih besar daripada kebiasaan untuk usianya.

Menurut Dayah, lebih enam bulan selepas menjalani pembedahan, keadaan anaknya menunjukkan perubahan yang positif. Malah, masalah berdengkur yang dialami sebelum ini juga semakin berkurangan berbanding dahulu.

TIDUR TERNGANGA

Dia turut berkongsi gambar tonsil dan adenoid yang telah dibuang sebagai rujukan kepada ibu bapa lain yang mungkin berdepan situasi sama.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai ibu bapa di media sosial yang turut berkongsi pengalaman anak masing-masing mengalami masalah serupa.

Walaupun tidak semua kanak-kanak yang berdengkur mengalami Obstructive Sleep Apnea, pakar menasihatkan ibu bapa supaya mendapatkan pemeriksaan sekiranya anak kerap berdengkur, tidur dengan mulut terbuka, sukar bernafas ketika tidur atau kelihatan letih pada waktu siang.

Pengesanan awal dapat membantu memastikan anak menerima rawatan yang sesuai dan mengelakkan komplikasi kesihatan pada masa hadapan.

Baca juga: Kajian Saintifik Dedah Perap Daging Dengan Bawang Merah & Bawang Putih Boleh Kurangkan Bahan Punca Kanser!

Sumber: Facebook Dayah Lokman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×