Euforia Bola 2026
Famili

Pengantin Dakwa Mas Kahwin RM500 & Cincin Hilang, Rakaman Video Nikah Dedah Bride Assistant Ambil!

MAS KAHWIN

Seorang wanita dikenali sebagai Alya berkongsi pengalaman pahit apabila mendakwa kehilangan wang mas kahwin berjumlah RM500 pada hari pernikahannya.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, Alya memaklumkan bahawa kehilangan tersebut hanya disedari selepas majlis berlangsung. Namun, hasil semakan rakaman video akad nikah telah menemukan petunjuk mengenai kejadian berkenaan.

Baca juga: “Walau Sebiji Kek Sangat Membantu” – Bapa Rayu Orang Ramai Beli Kek Lapis, Demi Rawatan Anak Sakit Jantung

MAS KAHWIN RM500 HILANG, DIDAKWA BRIDE ASSISTANT AMBIL

MAS KAHWIN

Menurutnya, rakaman tersebut didakwa menunjukkan seorang pembantu pengantin atau Bride Assistant (BA) mengambil wang mas kahwin yang diletakkan semasa majlis akad nikah berlangsung.

Walaupun mengakui perkhidmatan yang diberikan individu tersebut sepanjang majlis berjalan dengan baik, Alya berkata dia tidak menyangka perkara sedemikian boleh berlaku.

Selain kehilangan wang mas kahwin, Alya turut mendakwa cincin emas miliknya turut hilang ketika dia sedang bersiap di bilik pengantin sebelum majlis berlangsung.

Kehilangan kedua-dua barang berharga itu menyebabkan pengantin berkenaan berasa kecewa, apatah lagi ia berlaku pada hari yang sepatutnya menjadi detik paling bermakna dalam hidupnya. Perkongsian tersebut kemudiannya mendapat perhatian ramai dan tular di media sosial.

Warganet dakwa pernah alami pengalaman sama

MAS KAHWIN

Susulan pendedahan itu, beberapa pengguna media sosial tampil berkongsi pengalaman masing-masing dan mendakwa pernah berdepan situasi hampir sama melibatkan individu yang sama.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut masih merupakan perkongsian daripada orang awam dan belum dapat disahkan secara rasmi.

Dalam ruangan komen, ramai turut menzahirkan rasa simpati terhadap pasangan pengantin tersebut serta berharap isu berkenaan dapat diselesaikan dengan baik.

Kebelakangan ini, khidmat Bride Assistant semakin menjadi pilihan dalam kalangan bakal pengantin bagi membantu menguruskan pelbagai keperluan sepanjang majlis berlangsung.

Tugas mereka lazimnya merangkumi membantu pengantin menukar pakaian, membetulkan solekan, menguruskan barang peribadi serta memastikan perjalanan majlis berjalan lancar.

Namun, insiden yang dikongsikan Alya ini turut menjadi peringatan kepada pasangan pengantin agar lebih berhati-hati dalam menjaga barangan berharga serta memastikan ia disimpan di tempat yang selamat sepanjang majlis berlangsung.

Perkongsian tersebut terus mendapat perhatian netizen yang berharap perkara seumpama itu tidak berulang dan setiap pihak dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh integriti.

Baca juga: “Semuanya Kerana Cinta” – Coretan Dr Amalina Buat Dua Puteri Sempena Tamat Pengajian PhD Sentuh Hati Ramai

Sumber: Threads Alya Nays

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×