Selepas pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), penjawat awam kini menikmati kemudahan Cuti Tanpa Rekod Kelompok (CTRK) yang lebih fleksibel tanpa menjejaskan cuti tahunan.
Kemudahan ini membolehkan pegawai menghadiri urusan tertentu termasuk perayaan, kebajikan, atau aktiviti rasmi, namun masih ramai yang kurang jelas cara memohon, khususnya bagi Hari Raya Haji kedua yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Baca juga: Senarai Cuti Umum Malaysia 2026, Jadual Penuh Untuk Persekutuan & Negeri…
PANDUAN MOHON CUTI TANPA REKOD KELOMPOK (CTRK)

Foto: Jabatan Perpaduan Pulau Pinang
CTRK ialah kemudahan cuti yang diperuntukkan oleh kerajaan berdasarkan Perintah Am Bab C serta Pekeliling Perkhidmatan terkini, termasuk pelaksanaan SSPA bermula 1 Disember 2024.
Kemudahan ini memperuntukkan maksimum 20 hari cuti dalam satu tahun kalendar dan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya sekiranya tidak digunakan.
Penggunaannya adalah fleksibel mengikut keperluan pegawai, namun setiap permohonan tetap tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.
Selain itu, CTRK tidak menjejaskan cuti tahunan serta memberi ruang kepada penjawat awam mengurus pelbagai keperluan rasmi, kebajikan dan peribadi dengan lebih sistematik.
Bagi penjawat awam beragama Islam, CTRK turut merangkumi cuti satu (1) hari bagi Hari Raya Haji kedua, jika hari tersebut bukan cuti umum di negeri berkenaan.
Ini bermakna:
- Layak mohon 1 hari sahaja
- Hanya digunakan jika negeri tidak mengisytiharkan cuti umum
- Perlu kelulusan Ketua Jabatan
Senarai Cuti Tanpa Rekod Kelompok Fleksibel dan Tetap

Foto: Jabatan Sumber Manusia UMT
CTRK kini menggabungkan pelbagai jenis cuti termasuk:
CTRK Fleksibel
- Isteri bersalin
- Urusan kematian ahli keluarga
- Menjaga ahli keluarga sakit
- Umrah
- Keagamaan
CTRK Tetap
- Peperiksaan / temuduga
- Hadir mahkamah
- Aktiviti koperasi
- Khidmat masyarakat
- Program antarabangsa
- Hari mengundi
- Rawatan hemodialisis
- Perayaan (termasuk Raya Haji kedua)
Syarat Umum Permohonan CTRK
Permohonan CTRK tertakluk kepada beberapa syarat:
- Maksimum 20 hari setahun
- Tertakluk kepada baki kelayakan
- Tempoh termasuk hujung minggu & cuti umum
- Perlu guna cuti lain jika melebihi had
- Kelulusan bergantung kepada Ketua Jabatan
Ketua Jabatan juga berhak menolak permohonan jika menjejaskan operasi atau kepentingan awam.
Cara Mohon CTRK Untuk Raya Haji Kedua
Permohonan boleh dibuat melalui dua kaedah:
Melalui Sistem HRMIS
- Log masuk ke sistem HRMIS
- Pilih menu Cuti Tanpa Rekod
- Pilih: CTR Kelompok
- Kategori: Perayaan (Hari Raya Haji Kedua)
- Masukkan tarikh permohonan
- Hantar untuk kelulusan
Permohonan Manual (Jika Diperlukan)
- Isi borang Lampiran SR.5.7.1(C)
- Sertakan dokumen sokongan (jika diminta)
- Hantar kepada unit pentadbiran/jabatan
- Perkara Penting Yang Ramai Terlepas Pandang
- CTRK adalah cuti bergaji penuh
- Tidak menjejaskan perkhidmatan atau pencen
- Jika tidak digunakan, akan luput (“burn”)
- Semua jenis CTRK berkongsi kuota 20 hari
- Ketua Jabatan boleh menolak permohonan walaupun masih ada baki
Secara keseluruhannya, CTRK merupakan kemudahan yang sangat membantu penjawat awam dalam mengurus keperluan peribadi tanpa menjejaskan cuti tahunan.
Namun, penggunaannya perlu dibuat secara bijaksana, telus dan berintegriti.
Elakkan penyalahgunaan atau manipulasi kerana kelulusan tetap bergantung kepada pertimbangan Ketua Jabatan.
Bagi yang ingin mengambil cuti sempena Hari Raya Haji kedua, pastikan anda memahami syarat dan membuat permohonan lebih awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
Baca juga: Ini Cuti Panjang Untuk Hujung Minggu 2026, ‘Apply’ 2 Hari Tapi Dapat Cuti Sampai 5 Hari!
Sumber: Jabatan Perpaduan Pulau Pinang, Jabatan Sumber Manusia UMT, Jabatan Perkhidmatan Awam
FT Images: Gemini AI
